Tanggal 20 November 2022, genap usia tujuh tahun anak pelawak dan penyampai radio, Shuib iaitu Ariq Matin. Namun, sudah dua tahun Matin menyambut ulang tahun kelahirannya tanpa ibu tersayang, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin.
Menerusi hantaran di Instagram, Shuib sempat menitipkan ucapan buat anak ketiga daripada empat adik-beradik itu. Penyampai radio berusia 38 tahun itu mendoakan Matin menjadi anak yang baik serta soleh di dunia dan di akhirat.
Di perkongsian yang lain, Shuib turut berkongsi majlis sambutan ulang tahun Matin bertemakan animasi Pokemon.
|
"Anak kita makin membesar.."
"Anak dara kita sama macam muka ibu.."
"Anak sulong kita dah pandai jaga adik.."
"Anak bongsu kita dah pandai jalan dah ibu.."
margo20 replied at 22-11-2022 02:48 PM
Anak dia ni plg comey
anony-mous replied at 23-11-2022 12:22 AM
Manis kan muka ank dia yg ni. Nmpk bakal hensem bila besar
ADVERTISEMENT