CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemuda Dapat Pujian Terjun Lori PAS Alih Papan Tanda, Risau Ambulans Tak Boleh Lalu

22-11-2022 01:06 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 742| Komen: 1

Tular sebuah kejadian di Kota Bharu, Kelantan, baru-baru ini berhubung tindakan pantas seorang pemuda mengalihkan papan tanda kedai yang menghalang lalu lintas bagi memudahkan pergerakan sebuah ambulans.


Menerusi satu video tular di laman TikTok, Anis, 36, yang senang disapa Kak Long berkata dia sangat berterima kasih di atas keprihatinan pemuda itu tatkala masa mereka sedang suntuk mengejar masa.


TikTok

Menurut Kak Long ketika itu pihaknya sedang membawa pesakit dari Hospital Kuala Lipis ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di Kota Bharu yang memerlukan rawatan segera.

"Pesakit kemalangan waktu nak balik mengundi di Raub dan kaki dia fractured (patah). Dia dimasukkan ke Hospital Kuala Lipis, Pahang tetapi tak dapat buat pembedahan di situ.


"Rumah keluarga dia pun memang dekat Kota Bharu. Jadi kami sebagai ambulans swasta dipanggil oleh keluarga tu untuk transfer," kata Kak Long ketika dihubungi mStar.

Katanya kejadian berlaku pada malam terakhir penyokong parti politik berkempen pada Jumaat lalu.

"Kami tengok Waze nak sampai ke HRPZ ambil masa enam jam sebab jalan sesak, dijangka sampai pukul 1:30 pagi.

"Sepatatutnya kalau hari biasa empat jam pun dah boleh sampai. Malam tu kami buka siren untuk minta orang bagi laluan, kami sampai pukul 12 malam.

"Kami faham sebab orang balik kampung dan sibuk berkempen. Itu memang tradisi dekat sini untuk pergi berarak seluruh bandar berkempen," ujarnya.

Walaupun jalan sememangnya sesak ketika malam sebelum PRU15, Kak Long bersyukur kerana orang ramai memberikan kerjasama yang baik dan pesakit sampai di hospital tepat pada waktunya.

"Nak guna laluan kecemasan, ada kereta yang parking dekat situ, ia melambatkan kami.

"Jadi kami buka siren dan ikut jalan tengah. Alhamdulillah ramai yang bagi kerjasama terutamanya penunggang motor tolong kawal lalu lintas.

"Apabila dah sampai di Kota Bharu kami kena guna laluan kecemasan untuk pergi ke depan sebab jalan dah sesak sangat," kata Kak Long.


Sekumpulan pemuda yang membantu memberi laluan kepada ambulans dinaiki Kak Long.

Namun begitu, ketika di laluan kecemasan, dia melihat ada satu papan tanda yang menghalang jalan dan perlu dialihkan untuk membolehkan ambulans mereka melaluinya.

"Saya dah nampak papan tanda tu daripada jauh. Papan tanda kepunyaan sebuah kedai. Saya cakap dekat pemandu tak muat nak lalu.

"Saya dah nak alihkan tapi ada seorang pemuda ni turun daripada lori dan tolong terlebih dahulu.

"Terharu sangat rasa. Saya terus angkat tangan dekat mereka untuk ucap terima kasih," ujar Kak Long yang sudah enam tahun bertugas sebagai pembantu ambulans.


Rata-rata memberikan kerjasama yang baik kepada ambulans ketika kemuncak malam sebelum PRU15.

Melalui video itu, dapat dilihat sekumpulan pemuda berdiri di bahagian belakang sebuah lori dipercayai sedang berkempen mewakili parti PAS.

"Lepas saya dah angkat tangan tu mereka semua terus salute dekat saya.

"Dan mereka beri isyarat cakap laluan dah clear boleh jalan terus," kata Kak Long kagum dengan budi pekerti yang ditunjukkan mereka.



Ketika ditanyakan sama ada Kak Long pernah berhadapan dengan mereka yang enggan memberikan kerjasama kepada ambulans, dia berkata semestinya ada.

"Kadang kala kami dah buka siren tetapi mereka masih tak nak pergi tepi, mungkin tak perasan.

"Ada stigma dalam sesetengah orang yang cakap kami sengaja buka siren ketika tak ada pesakit sebab nak cepat.

"Malah ada juga yang nampak kami ni ambulans swasta jadi mereka tak ambil serius. Tapi tak ramai pun yang macam ini," kata Kak Long mengakhiri bicara.


Sumber: mStar





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote boo06 27-11-2024 01:23 PM
D̶̛̯̯̖͒̀͋̈́̈̽̓̋̚͝o̴̞͊̂͌̈̽̒̄͘͘̕͘͠ ̴̛̛̮̮̪͆̉̑̑͋̔̅̾́̊͠y̸̥̯̥̙̥̠̝̰̭͎͚̋͂́o̵̱̯̹̤̯̲͓̎̉̀̑́̀͊̾͌̑̍̕͜͜ͅͅu̷̡̨͙̗̙͕̹͕̗͔̹̘͙͛͆̋̐̌̄̂̊̍̓ͅ ̷̖̼̥͎̦͉́̉̏͂̚͝ẅ̸̨̨̡̨̻̪̼͎̮́̓͛̌̃͂̑̾̐͘ā̶͓̘͕͙̠͖̩̜̀͋͊̂̄͆̏̽̕͝͝n̵̡͇̻͒͂́̃́̍̽̀̋̚ţ̵̟̪͍̼̱͉͇̫̺͕͌̊̃̾͌͆̓̽̍͌̒͝ ̸̣̺̍̓̄̈̋̉̚͝͠m̷̧̨̤̯̻͇̙̭̰̤͕̟̯͓͒̓̎͆͗͒̐̚̚͠è̴̡̛̞͈̩̯͇̠̝̇̏̋̇͂̾̊̚͘͘͝ ̴̡̛͔͓̲̞̣͙͉̆̋̒̑̎̾͋̂t̷̢͉̪̮̻̤̪̩͑̈́͂̐̋̇̓̕ͅȯ̴͚̜̮̫̦͍̊̕͘?̸̧̧͓̗̻̲̘̼̖̼̙̤̟̍͝

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 09:34 PM GMT+8 , Processed in 0.041450 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top