Dunia bola sepak dikejutkan dengan berita kematian tragis pemain Switzerland, Karim Gazzetta, 27, yang membunuh diri dengan terjun dari bangunan.
Memetik Sarajevo Times, bekas pemain skuad U20 Switzerland itu meninggal dunia di bandar Mostar, selatan ibu negara Bosnia, Sarajevo, pada pagi Isnin. Pemain tengah itu menghabiskan sebahagian besar kariernya di negara asalnya, melalui akademi Servette. Dia mempunyai beberapa tempoh pinjaman daripada Servette sebelum menyertai Stade Lausanne-Ouchy. Dia kemudian menyertai Neuchatel Xamax pada 2021.
Selepas satu musim bersama Neuchatel, Gazzetta berpindah lagi, kali ini ke pasukan Bosnia HSK Zrinjski Mostar awal musim panas ini. Berikutan kejadian, Servette FC, kelab pertama Gazzetta, memberi penghormatan kepada mendiang dalam satu kenyataan, lapor Daily Star. "Keluarga Servettienne hari ini berkabung atas pemergian Karim Gazzetta. "Ucapan takziah dan sokongan kami kepada insan tersayang dan keluarganya," menurut kenyataan itu. Sumber: mStar |
sayurmayur88 replied at 22-11-2022 05:18 AM
nama macam nama org muslim, kesian nya.
crystel replied at 22-11-2022 05:30 AM
Knapa berita ni straight away kata membunuh diri.. Kalo org dkt Malaysia ni kalo bab ni msti kata te ...
sharlenetexas replied at 22-11-2022 01:37 PM
Geng 27? Heath ledger, amy winehouse.
sufi^_^ replied at 22-11-2022 01:37 PM
Siasatan awal menunjukkan dia terjun. So bunuh diri ler. Ada komen kata dia depression.
Tapi masi ...
sufi^_^ replied at 22-11-2022 05:35 AM
Kalau Bosnia, most probably muslim?
Tapi kalau contoh macam Raheem Sterling, beliau bukan muslim. ...
supernaturalee replied at 22-11-2022 01:40 PM
jimi hendrix, kurt cobain
kepompong replied at 22-11-2022 05:35 PM
alin pelakon tambahan tu boleh masuk list ke
ADVERTISEMENT