Luluh hati apatah lagi kecewa apabila melihat suami yang berjanji akan setia bersama curang di belakang. Tular kisah seorang wanita di Indonesia apabila suaminya kantoi berdua-duaan dengan wanita lain di dalam rumah mereka sendiri.
Menerusi video dimuat naik Rina Yuliaana di TikTok, detik hitam itu tidak akan dilupakannya apabila melihat suami membawa wanita lain masuk ke dalam rumah mereka. Walaupun hampir sembilan tahun mendirikan rumah tangga, namun dia tidak menyangka suaminya akan mengkhianati cinta mereka dengan cara yang paling keji.
Segalanya terbongkar apabila wanita berkenaan melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang secara senyap-senyap. Difahamkan, kejadian berkenaan berlaku ketika dia keluar bekerja untuk mencari nafkah buat keluarganya. Lebih pahit, salah seorang daripada wanita terbabit hamil anak luar nikah hasil perhubungan itu dan mereka berusaha untuk menggugurkan kandungan berkenaan. Lebih menyedihkan lagi apabila suaminya tidak pernah meminta maaf atas perbuatannya, namun memfitnahnya dengan mengatakan wanita tersebut adalah isteri yang tidak baik demi menutupi segala kesalahannya. IG/TikTok Sumber: OhBulan |
ADVERTISEMENT