CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dah Macam Samseng- Budak Lelaki Bawa Tukul Ketuk Permainan Di Taman, Budak Lain Ketakutan Nak Main

22-11-2022 12:03 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1852| Komen: 19

Lagaknya seperti samseng, seorang budak lelaki dirakam mengetuk kuat jongkang-jongket di situ menggunakan tukul seperti sedang 'bertukang'.

Menerusi video tersebut, kanak-kanak yang hanya berkaki ayam itu dilihat berulang kali mengetuk salah satu kemudahan permainan tersebut.

"Kawan pukul," kedengaran suara seorang kanak-kanak perempuan yang menyaksikan perbuatan budak lelaki berkenaan.

Jika tersilap langkah atau sedikit cuai, tukul yang dijadikan sebagai 'permainan' itu bukan sahaja membahayakan nyawanya, malah boleh mencederakan orang lain terutama kanak-kanak.

Menerusi video berdurasi 44 saat itu, kanak-kanak perempuan berkenaan hanya tercegat berdiri kerana takut menyaksikan aksi tersebut.

Aksi budak lelaki tersebut ternyata mengejutkan bapa kepada kanak-kanak perempuan itu yang lantas membuat rakaman di taman permainan.


"Ketuk tu tak rosak ke?" katanya.

Kanak-kanak lelaki itu hanya memandangnya tanpa menjawab persoalannya.

Tanpa rasa takut, budak tersebut meneruskan aksi menukulnya dan kali ini dilakukan pada permainan buaian, dari tiang besi hingga penyangkutnya dan tempat duduk.



Kanak-kanak lelaki itu kemudian bermain sendiri dengan berpusing di hadapan buaian sambil memegang tukul.

Mujur tiada kanak-kanak lain yang berada di tapak buaian ketika itu, dan anak lelaki berkenaan tidak mengalami kecederaan.

"Anak saya takut main di taman permainan sebab ada aksi macam ni," kata bapa berkenaan.

Bagaimanapun tidak dinyatakan lokasi taman permainan dan bila rakaman dibuat.

Rakaman itu turut menunjukkan kanak-kanak lelaki yang membawa tukul itu bersendirian dan tidak diawasi oleh orang dewasa.



"Apa perlu buat untuk budak yang buat macam ni? Aksi macam ni tak patut ditiru oleh budak-budak," jelasnya menurut keterangan video.

Selain aktiviti keganasan, aksi kanak-kanak lelaki itu juga memperlihatkan tindakan vandalisme kerana merosakkan harta benda awam.

Malah, timbul tanda tanya bagaimana kanak-kanak berkenaan boleh bersendirian di taman permainan tanpa pengawasan ibu bapa atau penjaga, serta membawa peralatan yang membahayakan.

"Persoalannya mana dia dapat tukul tu pun tak tahu," katanya lagi.

Video yang dimuat naik di laman TikTok itu bagaimanapun telah dipadamkan.

Pada masa sama, tidak dinyatakan apakah tindakan lelaki berkenaan terhadap kanak-kanak yang bermain dengan tukul. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote teen_angelJB 22-11-2022 12:08 PM
Klu kena kat tmn perumahan aku..mmg aku heret budak ni ke pondok guard..seru family suruh kutip balik anak dia..
Klu mak bapak remain silent..jumpa kat balai polis je..
Jadi budak kecik da berani nk tunjuk hero..kote pun x potong lagi dah nk belagak gangster
Fliphair sgt perangai
Quote margo20 22-11-2022 12:09 PM
Ni dh kira vandalisma
Quote dua_chzy 22-11-2022 12:19 PM
Kid needs intervention.
Quote miszclassique 22-11-2022 12:20 PM
Bahaya betul kalau buatnya dia tokak kepala budak lain or time pusing2 tu terlepas benda tu

Kalau budak yg main tukul tu je yg mampss takpe sbb mcm tak dipedulikan makpak sendiri kan, jgn nak libatkan budak lain
Quote cikatilia 22-11-2022 12:31 PM
takutnya lahai tgk dia pegang2 pecah2 brg
tu kalau dia mengamok kot dibalingnya mau ada yg mati
Quote acik79 22-11-2022 12:34 PM
Kalau aku ada kat situ, aku report polis terus
Quote mejaputih 22-11-2022 12:35 PM
harap ada yg amik tindakan terhadap mak bapak budak ni...jgn dibiarkan...takut ada yg cedera...pastu kena didik tu vandalisme, it's not very ok...ntah2 dia tgk aksi biasa dari parents dia sendiri...
Quote Skuau 22-11-2022 12:39 PM
banyak tgok www ni...peminat 'THE HAMMER' Valentine
Quote makiting 22-11-2022 12:39 PM
Anak sapa la tu.. budak2 yg lasak ni biasanya kurang sentuhan kasih sayang.. jenis mak bapak bukan sayang tp dibiarkan.. terjerit pekik marah anak..
Quote Nham22 22-11-2022 01:38 PM
Bapak die tukang ni... kalau aku ajak ja budak ni sembang2x... Tanye nape die ketuk... Ape yg die nak... Tinggai kat mana.. Mane dpt tukul tu... Sape suruh ketuk...
Quote Cassieopeia 22-11-2022 01:53 PM
bahaya kalau dia bergadoh dgn budak lain mau diketoknya budak lain guna tu
Quote Thunderclouds 22-11-2022 02:06 PM
Hahahahaha..sama mcm porumer atas kalo tmn kt  umah aku mmg aku tnya la tukul amik mana. Umah mana. MakPak mana. Ckp elok2 nk pegang tukul tu sat patu jgn bg dia dh. Mungkin dia jumpa kutip bwk main,mungkin umah dia tools mcm tu pak dia jenis xpikiaq simpan kt tempat budak2 senang access. Bidio 44sec kotttt ....bukan pilem
Quote awanearisu 22-11-2022 02:18 PM
Mak bapa boleh dikenakan tindakan pengabaian. Sama seperti kejadian kanak-kanak bermain di belebas tingkap.
Quote Purpkehag 22-11-2022 02:33 PM
Anak tu kerasukan kot
Quote KamikuP 22-11-2022 02:58 PM
Anak pati tak pon anak luar nikah anak polis
Quote cmf_PariS 22-11-2022 03:23 PM
bahaya betul... kot terjatuh timpa kaki ko dekk patah pulaaa
Quote rosedemon 23-11-2022 09:33 AM
anak sapa serupa tak ada pedoman aku benci tgk muka budak macam ni. budak x budak g mam la ko
Quote belacan_gurl 23-11-2022 09:44 AM
Kecik2 dah sakit jiwa nih...sbb budak normal seusia budak nih hanya suka main..xde nya nk usung hammer bapak gi rosakkan taman...baik tgkp letak dlm wad sakit jiwa...kang jadi pembunuh kang
Quote boo06 27-11-2024 01:25 PM
D̶̛̯̯̖͒̀͋̈́̈̽̓̋̚͝o̴̞͊̂͌̈̽̒̄͘͘̕͘͠ ̴̛̛̮̮̪͆̉̑̑͋̔̅̾́̊͠y̸̥̯̥̙̥̠̝̰̭͎͚̋͂́o̵̱̯̹̤̯̲͓̎̉̀̑́̀͊̾͌̑̍̕͜͜ͅͅu̷̡̨͙̗̙͕̹͕̗͔̹̘͙͛͆̋̐̌̄̂̊̍̓ͅ ̷̖̼̥͎̦͉́̉̏͂̚͝ẅ̸̨̨̡̨̻̪̼͎̮́̓͛̌̃͂̑̾̐͘ā̶͓̘͕͙̠͖̩̜̀͋͊̂̄͆̏̽̕͝͝n̵̡͇̻͒͂́̃́̍̽̀̋̚ţ̵̟̪͍̼̱͉͇̫̺͕͌̊̃̾͌͆̓̽̍͌̒͝ ̸̣̺̍̓̄̈̋̉̚͝͠m̷̧̨̤̯̻͇̙̭̰̤͕̟̯͓͒̓̎͆͗͒̐̚̚͠è̴̡̛̞͈̩̯͇̠̝̇̏̋̇͂̾̊̚͘͘͝ ̴̡̛͔͓̲̞̣͙͉̆̋̒̑̎̾͋̂t̷̢͉̪̮̻̤̪̩͑̈́͂̐̋̇̓̕ͅȯ̴͚̜̮̫̦͍̊̕͘?̸̧̧͓̗̻̲̘̼̖̼̙̤̟̍͝

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 07:17 AM GMT+8 , Processed in 0.042339 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top