CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tinggal Di Flat Tetapi Suka Sangat Ubah Suai Rumah Sampai Menyusahkan Orang Ramai

22-11-2022 11:18 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2961| Komen: 20

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengesan lima flat di bawah pentadbirannya yang didapati se­ring me­lakukan pengubahsuaian kediaman secara melampau sehingga melanggar peraturan.


Kediaman terbabit ialah di Flat Kos Rendah Kuchai Entrepreneurs Park, Flat Sri Langkawi, Flat Kos Rendah Seksyen 2, Flat Kos Rendah Seksyen 4 dan Pangsapuri Andika, Setapak, Kuala Lumpur.

Kebanyakan penghuni di flat terbabit membuat pengubahsuaian de­ngan membina din­ding tambahan di rumah masing-ma­sing terutama penghuni yang tinggal di unit bahagian tepi dan aras bawah.


Foto: Kosmo

DBKL dalam satu kenyataan kepada Kosmo! mengakui isu ubah suai kediaman flat semakin berleluasa selepas tahun 2010.

“DBKL telah mengenal pasti lima flat yang sering melanggar peraturan ubah suai kediaman di sekitar Kuala Lumpur.

“Sehubungan itu, DBKL telah mengambil tindakan pengeluaran notis dan surat pembe­ritahuan di bawah peruntukan undang-undang terhadap pemilik-pemilik kediaman tersebut,” katanya.

Sementara itu, DBKL menyenaraikan tiga akta yang menjadi panduan terhadap kesalahan para penghuni flat dalam pe­ngubahsuaian kediaman.

“Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982, (Akta 267) di bawah Seksyen 29; Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, (Akta 133) di bawah Seksyen 70 dan Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757) di bawah Peraturan-Peraturan Pengurusan Strata (Penyelenggaraan dan Pengurusan) 2015, Jadual Ke Tiga, ­Undang-Undang Kecil, Bawah Bahagian 7 Pengubahsuaian,” jelasnya.

Sehubungan itu, sebanyak 39 notis telah dikeluarkan oleh DBKL merujuk kepada pelbagai kesalahan pengubahsuaian kediaman bagi tempoh 2017 sehingga 2021.

Foto: Kosmo

“Manakala sebanyak 70 surat pemberitahuan telah dikeluarkan oleh Bahagian Teknikal, Pesuruhjaya Bangunan, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta (COB, JPPH) sepanjang lima tahun setakat 2022.

“Angka tersebut meningkat setiap tahun iaitu lima kes tahun 2016 dan meningkat kepada 16 kes tahun 2017 dan kekal tinggi sehingga 19 kes 2020.

“Sehingga kini, terdapat sebanyak 15 kes yang berjaya dilaksanakan tindakan roboh iaitu empat kes di Parlimen Kepong; sembilan di Parlimen Bukit Bintang, satu kes di Parlimen Batu dan satu lagi kes di Parlimen Wangsa Maju,” katanya.

Tambah kenyataan tersebut, antara masalah yang timbul ekoran sikap degil penghuni membuat pengubahsuaian kediaman secara tidak terancang telah menyebabkan kerja-kerja penyelenggaraan tidak dapat dilaksanakan dan juga menghalang laluan awam (common area).

“Ubah suai tambahan yang dilakukan di tingkat bawah telah dibina di atas permukaan longkang sehingga menyusahkan dan menghalang kerja penyelenggaraan di kawasan terbabit.

“Keadaan akan menjadi hala­ngan utama sekiranya berlaku kecemasan seperti kebakaran,” ujarnya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote margo20 22-11-2022 11:34 AM
Kt shah alam ni pun ade ha dok renovate tp majlis tak buat ape pun
Quote shernazz 22-11-2022 12:44 PM
Citarasa teres walaupon hanya mampu beli flat
Quote sufi^_^ 22-11-2022 12:47 PM
kalau dah boleh reno2 tu, beli jelah rumah landed. rumah flat boleh sewa/jual.
Quote kelip2_07 22-11-2022 12:53 PM
klu byk sgt duit ko beli lah umah bsr
Quote bulalof 22-11-2022 12:59 PM
kat malaysia ni penguatkuasaan lemah. pastu pulak pihak yg berwajib makan suap.
Quote renko 22-11-2022 01:17 PM
bulalof replied at 22-11-2022 12:59 PM
kat malaysia ni penguatkuasaan lemah. pastu pulak pihak yg berwajib makan suap.

bila amik tindakan pulak
meraung sana sini acah2 tertindas
Quote Cassieopeia 22-11-2022 01:57 PM
fikirla org atas bawah sama... ni amik space parking mmg naya ke org lain
Quote sukacactus 22-11-2022 02:03 PM
Selera besar di kawasan kecik
Quote ninja boy 22-11-2022 02:20 PM
Ambil kapak tebang supply air supply electric tebang paip kumbahan jcb datang kasi roboh rumah
Quote liton 22-11-2022 02:23 PM
Bukan kawansan dbkl jer, seluruh Malaysia mcm tu. Dah lah tambah rumah. Kawasan berumput dpn rumah di letakkan pasu bunga, berkebun, parking motor anak- anak.
Quote cmf_premierleag 22-11-2022 02:23 PM
Gitulah mentaliti haprak mcm ni
Bukan dia nk pikir pun jiran2 sekeliling..amik parking org lain, pastu acah2 victim
Kalo taste besar sgt pi la beli rumah teres sana
Quote twins 22-11-2022 02:24 PM
tu dah mcm bukan renovate dah tu....mcm dah bina sebuah rumah lain dia punya size
Quote vespa_oren 22-11-2022 02:25 PM
teres lak renovation sampai tempat parking, kereta parking depan rmh org, tepi jalan
Quote syamzana 22-11-2022 02:31 PM
org umah flat reno mcm dok umah teres,
org umah teres mcm dok umah lot banglo.
mana2 mesti ada sorg dua peel mcm ni.
yg pntg dia susahkan org takpe, tp jgn sesekali org susahkan hidup dia, siap la.
Quote Zeatyisaac 22-11-2022 03:01 PM
bulalof replied at 22-11-2022 12:59 PM
kat malaysia ni penguatkuasaan lemah. pastu pulak pihak yg berwajib makan suap.

Itu yang sedih tu. Kalau dah banyak kali direport, sita je kediaman mereka atau suruh keluar dan lelong rumah tersebut. Satu lagi, cop parking. Kalau nak parking cantik depan rumah, beli rumah tereslah.
Quote copy_paste 22-11-2022 03:50 PM
Zeatyisaac replied at 22-11-2022 03:01 PM
Itu yang sedih tu. Kalau dah banyak kali direport, sita je kediaman mereka atau suruh keluar dan l ...

tu dah kira teres la tu hahahaha
Quote rosedemon 23-11-2022 09:31 AM
ala biarla diorg rnovate nk rasa rumah lain xkan merasa nyah
Quote electricopop 23-11-2022 09:41 AM
bulalof replied at 22-11-2022 12:59 PM
kat malaysia ni penguatkuasaan lemah. pastu pulak pihak yg berwajib makan suap.

Betul. Tgk mcm xde apa je. Kalau negara lain tu mau dah kene roboh, saman bagai.
Quote rykall 23-11-2022 09:49 AM
Beli rumah landed pun PBT kacau juga kalau nak tambah minor cthnya pasang awning perlu permit kadang2 diminta masuk pelan juga. PBT tetap nak duit juga. Padahal bukan usik tanah orang lain pun.

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 06:02 AM GMT+8 , Processed in 0.048939 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top