Satu tangkap layar mengenai pesanan aplikasi WhatsApp tular hari ini dikaitkan dengan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Ia berkisar tentang perbualan individu yang dinamakan ‘PM DS Ismail Sabri’ dalam satu kumpulan WhatsApp bernama ‘Ketua-Ketua Bahagian UMNO Malaysia’.
Dalam pesanan itu turut tertera nama Ketua Bahagian UMNO Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman. Individu bernama ‘Datuk Seri Tajuddin KB Pasir Salak’ itu memberikan respon emoji lengan kepada ‘Ismail Sabri’. Malah seorang lagi Ketua Bahagian iaitu ‘Dato Abbas KB Batu’ turut menyokong tindakan ‘Ismail Sabri’ tersebut.
Tangkap layar itu dipercayai dimuat naik anak Ismail Sabri iaitu Datin Nina Sabrina menerusi story di laman Instagram miliknya petang tadi. “Biar tak berkuasa, jangan tak berprinsip,” tulis Nina dalam hantaran tersebut. Awal hari ini, beberapa pemimpin UMNO dan PH mengadakan pertemuan di sebuah hotel berhampiran Menara Dato’ Onn antaranya termasuklah Ismail Sabri. Antara pimpinan kelihatan di dalam gambar tersebut adalah Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu; Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dan beberapa pemimpin lain daripada kedua-dua blok parti itu. Pertemuan tersebut berlangsung pada pagi tadi bertujuan untuk menjalinkan kerjasama untuk membentuk kerajaan pasca PRU15. Sumber: MalaysiaGazette |
juboqhang replied at 21-11-2022 11:44 PM
Kifarah kaa? Tu la tebok lagi atap bila mandat pengundi hangpa curik sama ja dgn Abah sembap.. dan h ...
rashiman replied at 22-11-2022 12:13 AM
oklah tu...merasa jugak jadi PM...
ninja9 replied at 21-11-2022 11:14 PM
cubalah resign, sebab dah tak ikut halatuju parti tapi dah pakai kepala sendiri kan...
kamu berta ...
ADVERTISEMENT