Remuk hati seorang ibu apabila anaknya terbunuh ketika mereka bercuti di Pakistan. Metro UK melaporkan, remaja lelaki British berusia 14 tahun itu ditembak ketika dalam perjalanan bersama ibunya untuk melawat saudara-mara.
Biarpun kematiannya masih belum disahkan, polis dikatakan sudah membuat dua tangkapan. Adil Khan, dari Bradford, West Yorkshire, dilaporkan meninggal dunia jam 11.59 malam pada Sabtu, 19 November lalu. "Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun dibunuh di Pakistan ketika sedang bercuti. Adil Khan, umur 14 tahun sudah meninggal dunia," menurut satu hantaran di internet.
Berita pemergian Adil yang mengejutkan mengundang kesedihan dalam kalangan pengguna di media sosial. "Semoga Allah mengurniakan kepadanya darjat tertinggi di syurga Firdaus dan memberikan kekuatan kepada keluarga dalam masa dahsyat dan sukar ini," kata individu dikenali sebagai Shabana Hussain. "Seperti tidak percaya saya akan mengulas kematian seorang remaja miskin…. sekali lagi! Remaja ini belum berpeluang menikmati hidup lagi tetapi sudah pergi. "Apa salahnya sehingga dibunuh? Berita yang menyayat hati. "Damailah di sana anak muda. Takziah dan doa kepada keluarga dan rakan-rakan," kata," ulas seorang lagi pengguna bernama Sarah Etienne. Sumber: Harian Metro |
ADVERTISEMENT