Sekumpulan pengunjung sebuah taman tema berdepan detik cemas selepas palang keselamatan permainan 'Craz Wave' tercabut.
Kejadian mencemaskan itu menyebabkan lima termasuk empat remaja cedera. Dalam rakaman berkenaan, kelihatan beberapa pengunjung tercampak dari tempat duduk selepas palang keselamatan tercabut. Menurut laporan media tempatan, pemilik taman tema terbabit meletakkan kesalahan kepada kakitangannya dengan mengatakan mereka tidak mengunci palang keselamatan pada salah satu gerabak permainan.
Kejadian dipercayai berlaku di Krabi, Thailand pada 18 November lalu. Memetik laporan Shiksha News, anggota kecemasan menerima laporan berhubung kejadian di Pesta Makanan Ban Nam Chan di Krabi. Mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Krabi terdiri daripada remaja berusia antara 12 hingga 15 tahun dan seorang wanita berusia 34 tahun dikenali sebagai Kiritiyavadee Chaichana. Siasatan menunjukkan bahawa permainan ekstrem itu dalam keadaan baik. Bagaimanapun, kemalangan dipercayai berlaku berikutan kecuaian kakitangan terlupa mengunci palang keselamatan. Sumber: Majoriti |
ADVERTISEMENT