CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Azhar Sulaiman Gesa Zahid Berundur Lepas Silap Strategi Dan Percaturan

21-11-2022 09:03 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 782| Komen: 0

Azhar Sulaiman menerusi hantaran di laman sosial menggesa Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berundur susulan kekalahan teruk Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) serta bertanggungjawab atas kekalahan yang berlaku. 



IG Azhar

"Salam Datuk Seri Zahid Hamidi, saya ni sebagai ahli kepada UMNO memohon supaya Datuk Seri untuk bertanggungjawab kerana BN kecundang teruk di PRU yang ke-15 ini. Ianya juga adil untuk memohon supaya Datuk Seri turun dari presiden parti UMNO.

"Ini kerana strategi dan percaturan Datuk Seri telah tersilap sampaikan kita telah kecundang teruk terutama dari persepsi. Siapa dengan saya angkat tangan."


Sinar Harian melaporkan Zahid Hamidi berkata, BN menerima dan menghormati keputusan rakyat dalam keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). 

Keputusan PRU15 merupakan isyarat besar yang diberikan rakyat terhadap parti itu.

"Namun begitu BN akan terus komited memberi sumbangan dalam melihat sebuah kerajaan yang stabil dapat diwujudkan. Kami bersedia mengetepikan perbezaan sentimen kami sebelum ini."


Sumber: OHBulan





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 08:26 AM GMT+8 , Processed in 0.035082 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top