CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Buat Jersi Piala Dunia 2022, Pekerja Kilang Dibayar RM4.70 Sejam Je?

21-11-2022 08:54 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1116| Komen: 6

Demam Piala Dunia 2022 kini bermula. Rata-rata peminat bola sepak dari seluruh dunia mengambil peluang untuk terbang ke Qatar untuk menyaksikan upacara perasmian yang berlangsung di Stadium Al Bayt, semalam.


Namun apa yang menjadi bualan ramai apabila jersi bola sepak dijual sempena Piala Dunia 2022 yang dikatakan tidak masuk akal.

Memetik tinjauan Mirror, jersi England bernilai £115 (RM539) dibuat oleh pekerja kilang Thailand dengan bayaran £1 (RM4.70) sejam sahaja.


Jersi England bernilai 115 Pound (RM 539.42) dibuat oleh pekerja kilang Thailand dengan bayaran 1 Pound (RM4.70) sejam sahaja. - Google Maps


Sehubungan itu, peminat bola sepak dunia meluahkan kemarahan dengan harga jualan yang dianggap tidak berpatutan dan kos telah meningkat lebih cepat daripada inflasi.

Difahamkan, jersi 'stadium' bermula pada harga di bawah £75 (RM352), manakala baju 'perlawanan' yang serupa dengan yang dipakai pemain berharga lebih £40 (RM188).

Pada tahun 2008, jersi bersaiz dewasa berharga £40 (RM188) dijual pada harga £56 (RM 263) pada hari ini.

Dalam pada itu, jersi kanak-kanak dijual pada harga £59.95 (RM281) dengan tambahan £15 (RM70) untuk meletakkan nama dan nombor pemain.

Hal ini menyebabkan segelintir ibu bapa meluahkan rasa marah di ruangan platform dalam talian.

“Saya akan mendapatkan baju sulung England Lionesses berharga £60 (RM281) untuk baju bola sepak kanak-kanak. Ini merupakan 'rompakan' secara terang-terangan,” tulis bapa kepada Mike Rutt.

Ray Ellis pula berpendapat: “Saya benar-benar tidak percaya orang ramai sanggup membayar harga yang tidak masuk akal untuk baju bola sepak England yang terkini.

“Sesiapa sahaja yang membeli lebih dari satu, terutama dalam waktu kewangan yang sukar ini, mesti mempunyai banyak wang dari apa yang kita bayangkan,” tulisnya.

Dalam pada itu, tiada kenyataan di laman web Persatuan Bola Sepak Dunia (FA) mengenai tempat baju itu dibuat tetapi label mendedahkan ia dibuat untuk Nike di Thailand.

Terdahulu pada 2018, Kit Piala Dunia England dijual pada harga £160 (RM750) dan didakwa dibuat di sebuah kilang di Bangladesh di mana pekerja dibayar serendah 21p (RM0.93) sejam.

Manakala, baju dan seluar pendek Nike yang menjadi sebahagian daripada kit pasukan England dilaporkan dihasilkan di sebuah kilang di dalam zon kawalan kerajaan di mana pekerja pakaian wanita dibayar serendah £1.68 (RM7.90) sehari.

The Daily Telegraph mendedahkan bukti kakitangan di Savar, berhampiran ibu kota Dhaka, bekerja 60 jam seminggu.

Pada 2016, FA memberi Nike lanjutan kontrak selama 12 tahun yang bernilai £400 juta (RM1.876 bilion).


Sumber: AWANI





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mojarean_X 21-11-2022 08:57 PM
Iols nk beli jersey germany harga 500 lebih sehelai. Berapa byk margin profit mereka.
Quote Nham22 21-11-2022 09:10 PM
Thailand.. Indon.. China.. Mane lg... Mmg tempat kilang2x brg branded ni.. Adidas nike. Gap bagai kilang kat tempat2x ni... Tp bila jual harga mmg mahal sbb jenama tuu
Quote helicornia 21-11-2022 11:21 PM
Iols pi stadium Emirates  London 2019 tengok jersi arsenal made in malaysia.kilang mana dpt tender buat jersi tu agaknya
Quote Thunderclouds 22-11-2022 09:20 AM
Tered sana tered sini gambaq yg sama. Tt ni tak mabok ketum, hidu gam.
Quote helendam 6-11-2023 03:14 PM
Each correct answer in pokedoku feels like a small discovery, bringing you closer to completing the puzzle.
Quote VespaSilbe 6-11-2023 03:36 PM
Malas nak tulis panjang2.. kos nak setup kilang tamau kira sekali ke
Transportation cost
Kos pengurusan
Hak cipta
Kos bahan mentah
Air api elektrik
Kos pemasaran.. ke iols silap.. sebab iols surirumah sajork

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 07:04 PM GMT+8 , Processed in 0.139979 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top