Abby Abadi hadir ke lokasi sidang media di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur, hari ini bagi memberi sokongan kepada pemimpin-pemimpin tertinggi Pakatan Harapan (PH).
Menerusi hantaran di Instagram Story miliknya, kelihatan dia dan suami tampil berbaju merah di hotel tersebut bagi megikuti proses rundingan oleh parti-parti politik yang terlibat. “Gigih demi Malaysia yang lebih baik,” tulis Abby. Menerusi hantaran sama juga, Abby merakamkan suasana di luar perkarangan hotel tersebut yang dipenuhi dengan pengamal media.
“Tak boleh masuk, jadi boleh share suasana di luar saja ya,” kongsinya. Tambah Abby lagi dia berharap agar negara diberikan barisan pemimpin yang mampu memahami rakyat, kestabilan ekonomi dan keadilan. “Esok ada jawapannya, Insya-Allah. “Semoga Allah izinkan dapat barisan pemimpin yang faham keluh mesah rakyat, yang mampu stabilkan ekonomi dan berikan keadilan untuk semua, sabar,” harapnya. |
doubleharmonic replied at 22-11-2022 05:23 AM
camtu kerr muka ori laki heshe tanpa filter? patut lah keja asik menggeletis jahh dengan bekas laki ...
ADVERTISEMENT