Puteri Sarah mengaku rindu nak memasak untuk suaminya yang tercinta, Syamsul Yusof. “Setiap kali sebelum memasak, saya akan selawat dan baca doa ‘Ya Allah, bagilah suami saya sayang saya, saya tahu suami penat bekerja’ semua saya cakap.
“Masa PKP, daripada saya tak berapa pandai sangat memasak terus saya jadi macam restoran. Ok hari ni nak makan apa? Saya suka masak ala-ala Kham Heong, Butter Chicken dan perkara tu mengajar saya juga,” katanya dalam sebuah rancangan bersama Neelofa. Kata Puteri Sarah dia sangat berpuas hati kalau Syamsul puji masakannya.
“Saya suka bila dia makan, puji masakan saya sedap dan dia habiskan semua lauk. Saya suka sangat. Saya rasa puas hati masak untuk suami.
|
ADVERTISEMENT