Buat pertama kali Malaysia berdepan situasi parlimen tergantung apabila tiada mana-mana parti mencapai majoriti mudah 112 untuk membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Sabtu lalu. Menerusi Instagram Fizo Omar, pelakon berusia 37 itu bersuara dengan menyatakan sekarang adalah masa untuk pemimpin menentukan keputusan kerana rakyat sudah menjalankan tanggungjawab dengan keluar mengundi. Kata usahawan yang membuang undi di Kelantan, pemerintah baharu perlu mengenepikan soal mementingkan diri, kuasa dan harta demi kesejahteraan negara.
Dalam pada itu, pemilik nama Wan Hafizol Wan Omar turut menekankan agar Perdana Menteri yang ke-10 ini merupakan individu beragama Islam serta berketurunan Melayu. Menerusi hantaran di Instastory pula, Fizo sempat menyindir parti yang sering menguar-uar bahawa kerusi pihak mereka sudah mencukupi. Sumber: OhBulan |
belacan_gurl replied at 22-11-2022 09:23 AM
Nih salah satu dari berpuluh budak kelantan yg mengundi di kelantan tapi hidup bersama keluarga di k ...
ADVERTISEMENT