Adam Shahz menafikan dakwaan sengaja memuat naik video perbualan bersama anak hingga terkeluar cerita ‘tidur dengan boyfriend’ serentak dengan kisah pertunangan bekas isterinya, Fatin Afeefa.
Katanya, klip yang disimpan lama tersebut hanya dimuatnaik dalam laman sosial selepas mensyaki dia dihalang berjumpa atau menghubungi anaknya, Ivy Herra Sophia gara-gara wanita itu bimbang banyak lagi rahsia pecah. “Video yang saya kongsikan di laman sosial sebenarnya saya rakam beberapa bulan lalu dan baru dedahkan kerana saya cuma mahu tunjuk bukti dia halang kami berjumpa kerana takut anak bercerita benda rahsia.
“Saya dedah sebab tertanya-tanya punca lebih sebulan saya dan anak dihalang berhubung. Soal dia bertunang atau kahwin, saya tak peduli, janji keselamatan anak saya terjaga. “Waktu itu, ahli keluarga terdekatnya mendakwa Fatin telah bernikah, tetapi diam-diam. Apa motif sebut begitu saya malas ambil tahu. Jadi, video yang saya muat naik tiada kena mengena dengan pertunangan sesiapa. “Saya cuma minta jumpa anak. Jangan rumitkan keadaan. Kalau sebelum ini kami secara lisan bersetuju jaga anak sama-sama tanpa babitkan mahkamah, kali ini saya failkan hak penjagaan,” katanya kepada Kosmo! Online.
|
azimodin replied at 21-11-2022 07:28 PM
Kalau dah rasa bekas wifu x bermoral, pergi buat tuntutan hak milik penjagaan & kemukakakan bukti. M ...
Omai replied at 21-11-2022 05:18 PM
oooo dendam sebab kes kantoi tido dgn GF tu la ye....
miszclassique replied at 21-11-2022 09:29 PM
Husnuzon jela dia ni risau anak dara dia tidur dengan abang yg bukan abang kandung, sbb katanya anak ...
Omai replied at 21-11-2022 05:18 PM
oooo dendam sebab kes kantoi tido dgn GF tu la ye....
eyansss replied at 21-11-2022 10:53 PM
eh, tu abang kandung jugak tu cuma lain bapak…
ADVERTISEMENT