CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Mira Filzah Kagum, Puji Qatar Julang Islam Dalam Temasya Sukan

21-11-2022 04:13 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1022| Komen: 5

Mira Filzah memuji inisiatif tuan rumah kejohanan bola sepak Piala Dunia 2022 di Qatar yang mengangkat kebesaran agama Islam dalam sebuah temasya sukan bertaraf antarabangsa.


Pemilik nama penuh Nur Amirah Filzah Badioezaman itu sangat mengagumi cara tuan rumah mempersembahkan keindahan Islam di mata dunia terutama pada acara pembukaan yang dimulakan dengan alunan bacaan al-Quran oleh Ghanim al-Muftah.

Foto: IG

“Allahuakhbar, sangat indah acara pembukaan untuk piala dunia.

“Semoga ini menjadi asbab untuk orang luar di sana lebih menerima dan membuka mata tentang Islam,” puji pelakon berusia 29 tahun itu.



Add Image Caption Here


Dalam perkongsian lain, pelakon drama Pujaan Hati Kanda itu juga turut berpendapat cara dan syarat pihak tuan rumah memartabatkan Islam sepanjang piala dunia berlangsung harus diberikan pujian.



Antara peraturan yang dikuatkuasakan ialah mengharamkan penjualan atau membawa minuman beralkohol di semua lokasi acara bola sepak berlangsung.

“Sebenarnya kuasa negara-negara Islam di dunia ini sangat kuat seperti Qatar, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan Kuwait.

“Jika semua negara Islam ini bergabung, kekayaan mereka sahaja, masya-Allah,” tuturnya kagum.

Dia juga turut berpendapat negara Islam lain tidak akan dijajah sekiranya kuasa-kusa besar saling melindungi antara satu sama lain.



“Kalaulah mereka menjaga dan melindungi negara Islam lain, pasti tiada kuasa luar yang berani menjajah.

“Tahniah Qatar untuk usaha yang sangat besar. Memartabatkan dan memperkenalkan Islam dengan cara yang sangat bersahaja,” katanya lagi.

Bintang filem Sangkar itu juga turut memuji maskot rasmi Piala Dunia 2022 yang diberi nama La’eeb.

Semalam, acara pembukaan Piala Dunia Qatar 2022 di Stadium Al Bayt bermula gemilang termasuk bacaan ayat al-Quran yang dipetik dari surah al-Hujurat oleh Ghanim yang juga duta temasya tersebut.


Difahamkan, Ghanim merupakan pesakit Caudal regression syndrome (CRS) iaitu mengalami gangguan perkembangan pada bahagian bawah tubuh badan termasuk kecacatan punggung dan kaki.

Selain itu, acara pembukaan tersebut turut dimeriahkan dengan persembahan hebat lagu tema yang dinyanyikan bintang K-pop ternama, Jungkook daripada kumpulan BTS bersama penyanyi Qatar, Fahad Al-Kubaisi. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 22-11-2022 10:17 AM
diamlah basic. geli
Quote tulip-rain 22-11-2022 10:35 AM
Sibuk je dia nak mencapub. Penting sangatlah komen kau tu.
Fefeling muslimah sejati.
Syukur alhamdulillah berjaya beli tiket blackpink kan mira basic
Quote stingergrumpy 22-11-2022 10:38 AM
Talk cock sing song......
Quote SherryZass 22-11-2022 10:40 AM
sementara itu, Alhamdulillah dapat beli tiket Blackpink kenn
Quote me12345 22-11-2022 10:41 AM
Kalau mesia yg buat camni, rakyat mesia islam sendiri yg akan kutuk kow2 ..tak profesional lah etc

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 06:39 AM GMT+8 , Processed in 0.142367 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top