Tular luahan hati seorang pengguna Facebook mendakwa dirinya dimarahi seorang penghantar makanan. Jelas pelayar yang menggunakan nama Teamsecret Min menerusi laman Facebook B40 Buat Perangai Apa Harini, rider tersebut berang dengan dirinya apabila tetap membuat pesanan makanan walaupun cuaca hujan.
Namun, tegas wanita ini, dia sudah membuat pesanan itu lebih awal ketika cuaca masih baik. Bukan itu sahaja, wanita ini juga mendakwa dirinya diberi amaran oleh rider itu yang panas hati kerana terpaksa menghantar makanan dalam cuaca buruk. Dia yang berasa kesal dengan sikap rider tersebut mula mempertikaikan tugas lelaki itu yang sepatutnya menerima sahaja pesanan pelanggan tidak mengira waktu.
Perkongsian itu meraih pelbagai reaksi netizen setelah ia tular. Rata-rata mula mempersoalkan sikap rider terbabit kerana pernah melalui situasi sama sebelum ini. Walaupun ada yang bersimpati dengan nasib pengguna ini, terdapat segelintir yang memahami situasi penghantar makanan itu apabila terpaksa menghantar pesanan ketika hujan. Sumber: mStar |
Eva_yy_Ellin replied at 21-11-2022 03:35 PM
Hari tu rider-rider ni juga yang kata "tak apa, order je makanan masa hujan." Pelanggan rasa serba s ...
SedihPedih replied at 22-11-2022 09:24 AM
i pernah place order, bila confirm few minutes later tiba2 cuaca berubah. I dh tekan utk cancel tp g ...
ADVERTISEMENT