CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ben Amir Cari 'TPM' Yang Selalu Ke Gimnasium Dan Pandai Masak, "Boleh Gelak Lawak Lame Saya"

21-11-2022 01:15 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1813| Komen: 12

Menjelang pengumuman rasmi Perdana Menteri Malaysia ke-10 yang masih menjadi tanda tanya, pelakon Ben Amir mencuri perhatian netizen apabila  mengumumkan ‘pembentukan kerajaan’ dengan mencari ‘Timbalan Perdana Menteri’ (TPM) sendiri dalam hidupnya.


Sama ada berseloroh atau dalam nada sinikal, Ben atau nama sebenarnya, Muhammad Amir Sabaruddin, 32, berseloroh namun dirinya sedang mencari teman yang berpotensi dijadikan isteri.

Foto: IG

“Saya nak bina kerajaan sendiri. Looking for TPM (sedang cari Timbalan Perdana Menteri – calon isteri).

“Kalau boleh seorang wanita yang selalu ke gimnasium, pandai masak dan boleh ketawakan lawak-lawak lame (membosankan) saya,” ciapnya menerusi Twitter.




Pada ciapan sama, hero drama rantaian, Sweet Dreams itu turut mengharapkan bakal isterinya memilikin naluri keibuan yang sangat kuat.

“Punya naluri keibuan, jadikan saya seorang manusia yang lebih baik dan juga seorang wanita ‘baddie’ (nakal),” coretnya lagi.



Ciapan Ben rata-ratanya mendapat respons nakal daripada peminat wanita yang rata-rata mahu dipilih sebagai calon ‘TPM’ di hati Ben.



Hari ini, satu Malaysia masih menantikan pengumuman siapa bakal Perdana Menteri Malaysia ke-10 sekali gus membentuk membentuk Kerajaan Persekutuan pada penggal Parlimen Ke-15. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nawtylulu 21-11-2022 02:10 PM
untung2 jmpe la TPM yg dicari2 musim2 mngundi ni..
Quote babelina 21-11-2022 02:58 PM
elokkkkkkkk dia nie.. suka..suka..
Quote Hoshhi 21-11-2022 03:11 PM
Kau fikir kau handsome sangat lah tu, demand sangat. At the end of the day, kau kahwin dengan artis atau influencer gak kan
Quote Kancilkering 21-11-2022 03:35 PM
gym gurl…
taste kau nok…
khairul amin tu carik x jumpa jumpa
moga murah rezeki dpt jodoh lah korang….
Quote seri_mawr 21-11-2022 03:37 PM
kalau rajin pi gym...erti kata lain dia nak body slim...solid molid gitu....

good luck for u...
Quote innocentsangat 21-11-2022 03:45 PM
Normal la tu dia punya type. Hahaha. I pun suka org jaga kesihatan, and ada fatherly instinct jugakkk. Aiyo. Tak salah pun.
Quote innocentsangat 21-11-2022 03:46 PM
Kancilkering replied at 21-11-2022 03:35 PM
gym gurl…
taste kau nok…
khairul amin tu carik x jumpa jumpa

Haha. Mcm susah. KA perfectionist. Moga dpt la tu nanti.
Quote Kancilkering 21-11-2022 04:11 PM
ben appoint umi aida jadik match maker….
Quote Lvstar 21-11-2022 04:33 PM
Klu tak dgn erin adlina je tapi dia dah bertunang
Quote bedahmenjuyah 21-11-2022 04:54 PM
Ms baca tajuk Ben Amir, jenuh aku pikir sapa. Tgk gambar baru la ingat sapa dia hahahaha
Quote Suchi 21-11-2022 05:10 PM
TPM apa nya bini adalah PM
Quote rosedemon 22-11-2022 10:16 AM
hi bam ben ilovu

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 09:44 PM GMT+8 , Processed in 0.063619 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top