Aina Abdul mendedahkan, pernah melalui jalan sukar sebelum menikmati populariti apabila hanya dibayar RM50 selepas menyanyikan 20 lagu untuk persembahan satu malam.
Kongsinya, walaupun sedikit dan terpaksa membahagikan jumlah tersebut dengan lima ahli band lain, dia akur itu jalan kehidupan dan pengorbanan yang terpaksa dilalui demi sebuah mimpi. “Pernah juga saya menyanyi tiga malam berturut-turut tanpa ada penonton di hadapan. Ada ketika, hanya dua hingga tiga orang sahaja. “Ada masa dapat RM50 sahaja. Kadang-kadang, bayaran pun tak ada. Kena bahagi lagi dengan ahli band. Itu memang pengorbanan dan pengalaman yang saya tidak akan lupa.
“Tetapi, saya pegang satu prinsip dari zaman menyanyi di kelab. Walaupun tidak ada orang, bayaran tidak untung, saya kena teruskan juga,” kongsinya kepada Utusan Malaysia.
|
ADVERTISEMENT