CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Zahid Hamidi, Biro Politik Pun Tiada Hak Tentukan Gabungan Parti! – Ismail Sabri

21-11-2022 11:29 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1710| Komen: 7

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan bahawa hanya Majlis Tertinggi (MT) Barisan Nasional (BN) boleh membuat keputusan berhubung pembentukan kerajaan campuran antara BN dan Pakatan Harapan (PH).


Katanya, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan juga biro politik yang lain tidak mempunyai hak untuk memutuskan mengenai perkara itu.

“Presiden tiada hak, biro politik pun tiada hak.

“Hanya MT BN sahaja boleh membuat keputusan,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.


Foto: Kosmo

Terdahulu, Ahmad Zahid menegaskan bahawa beliau sahaja yang layak dalam menentukan apa-apa gabungan politik bersama BN dalam penubuhan kerajaan.

Sementara itu, ketika disoal mengenai jemputan pertemuan yang diadakan pada pagi ini di Hotel Seri Pacific di sini, Ismail Sabri berkata, beliau menerima jemputan daripada Setiausaha UMNO Pahang.

Katanya juga, semua Ahli Parlimen Pahang, dijemput hari ini. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kemaruk 21-11-2022 11:44 AM
ini maksudnya keputusan yang dibuat oleh wak jahit bukannya dibuat oleh wak jahit sorang je

pertemuan dengan anwat hari ini ada keputusan bersama ahli MT
Quote intan244 21-11-2022 02:47 PM
umno pecah belah sbb presiden dia yg x mau letak jawatan tu.
Quote rosedemon 22-11-2022 10:04 AM
watevahhhh jahid jilake
Quote sharlenetexas 26-11-2022 11:23 PM
intan244 replied at 21-11-2022 02:47 PM
umno pecah belah sbb presiden dia yg x mau letak jawatan tu.

Seorang yg bebal tapi mungkin sebab jambu.


Quote ina_na 26-11-2022 11:37 PM
kalo ahli dan bahagian x mengundi wak jahit..agak2 pe jd walaupun 10 org kn singkir dr UMNO..dah 10 org yg tersingkir tu adakah akan menunggu ms wak jahit jatuh br msk blk dlm umno atau berhijrah ke bersatu atau parti lain
Quote rashiman 27-11-2022 12:04 AM
sharlenetexas replied at 26-11-2022 11:23 PM
Seorang yg bebal tapi mungkin sebab jambu.

Zahid pegang akujanji mp BN yg menyerah hak kuasa kpdnya utk menentukan gabungan parti
Quote boo06 27-11-2024 01:37 PM
D̶̛̯̯̖͒̀͋̈́̈̽̓̋̚͝o̴̞͊̂͌̈̽̒̄͘͘̕͘͠ ̴̛̛̮̮̪͆̉̑̑͋̔̅̾́̊͠y̸̥̯̥̙̥̠̝̰̭͎͚̋͂́o̵̱̯̹̤̯̲͓̎̉̀̑́̀͊̾͌̑̍̕͜͜ͅͅu̷̡̨͙̗̙͕̹͕̗͔̹̘͙͛͆̋̐̌̄̂̊̍̓ͅ ̷̖̼̥͎̦͉́̉̏͂̚͝ẅ̸̨̨̡̨̻̪̼͎̮́̓͛̌̃͂̑̾̐͘ā̶͓̘͕͙̠͖̩̜̀͋͊̂̄͆̏̽̕͝͝n̵̡͇̻͒͂́̃́̍̽̀̋̚ţ̵̟̪͍̼̱͉͇̫̺͕͌̊̃̾͌͆̓̽̍͌̒͝ ̸̣̺̍̓̄̈̋̉̚͝͠m̷̧̨̤̯̻͇̙̭̰̤͕̟̯͓͒̓̎͆͗͒̐̚̚͠è̴̡̛̞͈̩̯͇̠̝̇̏̋̇͂̾̊̚͘͘͝ ̴̡̛͔͓̲̞̣͙͉̆̋̒̑̎̾͋̂t̷̢͉̪̮̻̤̪̩͑̈́͂̐̋̇̓̕ͅȯ̴͚̜̮̫̦͍̊̕͘?̸̧̧͓̗̻̲̘̼̖̼̙̤̟̍͝

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 01:02 AM GMT+8 , Processed in 0.108923 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top