Ciapan Anwar di akaun Twitter miliknya menarik perhatian rakyat Malaysia. Dalam ciapan Anwar, beliau menyatakan sempat menggunting rambut sejurus selesai berkempen pilihan raya.
"Sempat singgah potong (gunting) rambut setelah selesai berkempen pilihan raya. Singgah ke kedai gunting rambut di Sungai Long yang diusahakan oleh saudara Edy, seorang anak muda yang berhijrah dari Miri." Bagaimanapun, rata-rata pengguna media sosial tidak fokus tweet’ itu ditujukan kepada siapa sebaliknya, ia seakan memberi gambaran bahawasanya dia bakal naik ke kerusi pemimpin.
Menurut pemilik akaun @HausofHilton, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) sengaja ‘tweet’ pada pukul 10.22pm kerana hari Rabu adalah 22 November dan PM10 bermaksud ‘Perdana Menteri 10’. Malah huruf P M dan 10 dalam kad yang dimuat naik juga diandaikan sebagai hinta Anwar untuk menjadi Perdana Menteri ke-10. -CARI |
ADVERTISEMENT