CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

PH Dan BN Adakan Pertemuan Hari Ini

21-11-2022 10:17 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 993| Komen: 10

Kuala Lumpur: Kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dijangka dimuktamadkan hari ini, apabila pemimpin kedua-dua gabungan itu dikatakan akan mengadakan perjumpaan di sebuah hotel di sini, pagi ini.


Difahamkan, perjumpaan akan berlangsung 10 pagi ini.

Menurut Berita Harian yang memetik laporan sebuah portal berita, beberapa sumber daripada gabungan itu mengesahkan akan ada pertemuan itu pagi ini, bagaimanapun enggan memberitahu tujuan ia diadakan.

Menurut sumber daripada PH, ia sekadar perjumpaan biasa sahaja.

"Tak salah, jika pemimpin PH dan BN berjumpa dan bertukar pandangan selepas penat dengan kempen pilihan raya," katanya.


Foto: Harian Metro


Setakat ini, belum ada mana-mana gabungan parti yang mampu membentuk kerajaan sehingga meletakkan Parlimen dalam situasi tergantung.

Keputusan rasmi menunjukkan PH memiliki kerusi terbanyak dengan 82 kerusi, diikuti Perikatan Nasional (PN) dengan 73 kerusi.

BN yang menjadi kerajaan sejak merdeka sebelum dikalahkan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 2018 pula hanya menguasai 30 kerusi.

Malam tadi, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin sekali lagi mengulangi beliau sudah mendapat bilangan yang cukup untuk dicalonkan sebagai Perdana Menteri, berdasarkan sokongan ahli Parlimen secara individu.

Beliau menegaskan dalam Perlembagaan, tidak dinyatakan seseorang yang mahu dilantik sebagai Perdana Menteri perlu mendapatkan sokongan parti saja tetapi perlu memperoleh sokongan majoriti ahli Parlimen.

"Insya-Allah, esok (hari ini) kita dapat mengemuka akuan bersumpah daripada mereka ini bahawa kita memiliki sejumlah ahli Parlimen yang mencukupi untuk membentuk kerajaan.

"Kalau mengikut Perlembagaan, (sokongan) Ahli-Ahli Parlimen. Tak kata daripada parti mana. (Sokongan) individu boleh, secara kumpulan dan parti mereka pun boleh," katanya selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu di sini, malam tadi.

Penegasan sama turut dibuat Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim, malam tadi, bahawa gabungan itu mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan Persekutuan.

Susulan itu, Anwar yang juga Presiden PKR, yakin beliau akan diberi peluang untuk menjadi Perdana Menteri.

Anwar bagaimanapun enggan menyatakan parti atau mana-mana ahli Parlimen yang akan bekerjasama dengan PH.-CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote plywood 21-11-2022 10:21 AM
loophole lagi... dapat sokongan dari mana individu ahli parlimen walaupun tak dapat sokongan parti boleh sokong siapa pm...

boleh itu mungkin boleh tapi tak stabil.. kena pecat dari parti lah... guna akuan bersumpahlah nanti... takkan nak suruh pilihanraya lagi..
Quote Firenzza 21-11-2022 10:24 AM
"Menurut sumber daripada PH, ia sekadar perjumpaan biasa sahaja."

......aritu sblm bubar prlimen pun jumpa agung ckp bincang biasa2 juga kan? Klau dh biasa2 baik tggu perjumpaan hari raya
Quote CiliPadiSedap 21-11-2022 11:33 AM
Drama je ni .. kalau betul anwar jd pm 10. Vokuru oil n gas kahwin friska
Quote seri_mawr 21-11-2022 11:38 AM
tak tahu knp...x berkenan anwar jadi PM...hahhaa

walaupun Mahyddin nmpk nmpk lembik....or pak mail nmpk lembik..tapi iols lagi ok mereka berdua ni...
Quote Nizleen86 21-11-2022 01:03 PM
Apa jadi tahun 1998 reformasi budak2 tiktok belum hidup lagi zaman tu.
Anwar ada vibes tak best la. Bg iols pak mael lagi okay. Tapi tu la dah kena game pulak dgn wak.
Quote Azharitubunga 21-11-2022 01:05 PM
Comolot dah
Quote tumpanglalu74 21-11-2022 01:49 PM
FB_IMG_1669008795393.jpg
Quote Leonclay 21-11-2022 01:58 PM
Adakah buy 1 free 1.. hahaha
Quote R2D2 21-11-2022 02:44 PM
kesian chinese yg ramai2 balik dari Singapore
rupanya undi PH dgn majoriti besar
akan dpt Zahid

Quote boo06 27-11-2024 01:38 PM
D̶̛̯̯̖͒̀͋̈́̈̽̓̋̚͝o̴̞͊̂͌̈̽̒̄͘͘̕͘͠ ̴̛̛̮̮̪͆̉̑̑͋̔̅̾́̊͠y̸̥̯̥̙̥̠̝̰̭͎͚̋͂́o̵̱̯̹̤̯̲͓̎̉̀̑́̀͊̾͌̑̍̕͜͜ͅͅu̷̡̨͙̗̙͕̹͕̗͔̹̘͙͛͆̋̐̌̄̂̊̍̓ͅ ̷̖̼̥͎̦͉́̉̏͂̚͝ẅ̸̨̨̡̨̻̪̼͎̮́̓͛̌̃͂̑̾̐͘ā̶͓̘͕͙̠͖̩̜̀͋͊̂̄͆̏̽̕͝͝n̵̡͇̻͒͂́̃́̍̽̀̋̚ţ̵̟̪͍̼̱͉͇̫̺͕͌̊̃̾͌͆̓̽̍͌̒͝ ̸̣̺̍̓̄̈̋̉̚͝͠m̷̧̨̤̯̻͇̙̭̰̤͕̟̯͓͒̓̎͆͗͒̐̚̚͠è̴̡̛̞͈̩̯͇̠̝̇̏̋̇͂̾̊̚͘͘͝ ̴̡̛͔͓̲̞̣͙͉̆̋̒̑̎̾͋̂t̷̢͉̪̮̻̤̪̩͑̈́͂̐̋̇̓̕ͅȯ̴͚̜̮̫̦͍̊̕͘?̸̧̧͓̗̻̲̘̼̖̼̙̤̟̍͝

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 01:25 AM GMT+8 , Processed in 0.181155 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top