Aliran trafik di lebuh raya utama mula perlahan susulan orang ramai bergerak pulang ke destinasi masing-masing setelah selesai menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) semalam.
Menurut laporan trafik Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) di laman Twitter rasminya, trafik perlahan di Lebuh Raya Pantai Timur 1 (LPT1) arah Barat Kuala Lumpur, 3km sebelum masuk Plaza Tol Karak. Beralih pula ke aliran trafik di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) pula, pertambahan kenderaan dapat dilihat arah Barat Kuala Lumpur bermula di persimpangan Karak ke Plaza Tol Bentong terus ke Lentang.
Menurutnya, kenderaan bergerak perlahan dari Bukit Tinggi ke Genting Sempah dan Hentian Rehat dan Rawat (RnR) ke Plaza Tol Gombak. -CARI Sumber: Kosmo
|
rosmahisham replied at 20-11-2022 10:42 PM
Tipuuu la kata menang cuti..gelak bac a bdk2 sekolah & mak2 tunggu announcement ada yg kasut bsh,baj ...
little_sis replied at 21-11-2022 09:52 AM
Aku blk sabtu tghari pun jem sepanjang jln ipoh-kl.. hairan gak sbb ramai le pulak balik sabtu..
Suchi replied at 21-11-2022 10:21 AM
Dah kenapa semua pakat nak coti hari nih??
Keje la woiiih.. asik nak coti jee
ADVERTISEMENT