Kuala Lumpur: Pakatan harapan (PH) dilihat masih belum mengadakan sebarang pertemuan dengan gabungan lain bagi membentuk Kerajaan Persekutuan pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Biarpun meraih jumlah kerusi Parlimen tertinggi iaitu sebanyak 82 daripada keseluruhan 219 yang dipertandingkan, PH masih perlu 'memikat' ahli Parlimen atau gabungan lain bagi melengkapkan sekurangnya 112 kerusi sebelum Kerajaan baharu dapat dibentuk. Setakat tinjauan petang ini, tiada perbincangan membabitkan pimpinan tertinggi PH bersama gabungan lain seperti Perikatan Nasional (PN) yang meraih 73 kerusi, Barisan Nasional (BN)-30 kerusi atau Gabungan Parti Sarawak (GPS)-22 kerusi. Malah, turut dilaporkan tiada sebarang kelibat ahli tertinggi PH di Ibu Pejabat PKR, di Petaling Jaya yang kebiasaannya menjadi lokasi sidang media mereka.
Pengerusi PH juga Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan tertinggi PH lain dilihat masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung penggabungan itu. Bagaimanapun, Anwar yang memenangi kerusi Parlimen Tambun, semalam mengakui PH mempunyai majoriti mudah untuk membentuk Kerajaan Persekutuan yang baharu. Beliau berkata, PH sudah mencapai persetujuan dan persefahaman dengan beberapa pihak bagi tujuan berkenaan selain menjelaskan pakatan itu mempunyai majoriti melebihi 111 kerusi Parlimen. Sementara itu, pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan bersama Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang di kediaman beliau dekat Jalan Setia Bakti, Bukit Damansara, di sini, hari ini. Ketiga pemimpin terbabit dilihat mengambil langkah awal yang bertujuan ke arah pembentukan Kerajaan Persekutuan berikutan keputusan PRU15 yang menyaksikan Parlimen tergantung. Terdahulu, PRU-15 menjadi saingan paling sengit pernah dihadapi negara, ia berakhir dengan situasi tergantung apabila tiada parti mendapat majoriti mudah untuk membentuk Kerajaan Persekutuan baharu. -CARI Sumber: Harian Metro
|
kakikuDibibirmu replied at 20-11-2022 04:54 PM
PH perlu ada dalam kerajaan untuk mengelakkan Malaysia jadi Taliban
Kitty_catz replied at 20-11-2022 05:06 PM
ini kali , mulayu memilih, bukan malaysia memilih sisturrrr
dats yg heols takde numbers lagi, ka ...
fairiza replied at 20-11-2022 05:12 PM
Silap2 pas bg kuar semua kwsp hahahaha
JunkMail: PH nak pergi pinang GPS mesti malu .. dulu korang kencing diorang sampai lencun kan.. mana mahunya lagi nak bersama semula.
Orenn1 replied at 20-11-2022 08:58 AM
Aku berpendapat anwar perlu jadi pm utk kali ni supaya dia dpt tunjuk kepimpinan dia pd rakyat msia. ...
silampumeja replied at 20-11-2022 09:32 AM
Betul .. bagila sekali .. dulu atok tun yg buat segala perancangan
Kitty_catz replied at 20-11-2022 05:06 PM
ini kali , mulayu memilih, bukan malaysia memilih sisturrrr
dats yg heols takde numbers lagi, ka ...
Orenn1 replied at 20-11-2022 04:58 PM
Aku berpendapat anwar perlu jadi pm utk kali ni supaya dia dpt tunjuk kepimpinan dia pd rakyat msia. ...
ekselen replied at 20-11-2022 05:38 PM
dap ni liabiliti utk ph... Selamanya... Kalo nk kekal relevan sila buang liabiliti tu dulu...
caprut replied at 20-11-2022 09:44 AM
Tak payah la. Sekiranya anwar jd PM berkubur terus la PKR atau PH. Apa yga anwar buat masa jd PM a ...
caprut replied at 20-11-2022 05:48 PM
Bukan DAP liabiliti tp orang melayu yg tk bersatu
kakikuDibibirmu replied at 20-11-2022 04:54 PM
PH perlu ada dalam kerajaan untuk mengelakkan Malaysia jadi Taliban
ekselen replied at 20-11-2022 05:38 PM
dap ni liabiliti utk ph... Selamanya... Kalo nk kekal relevan sila buang liabiliti tu dulu...
ADVERTISEMENT