CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Impian Rani Kulup Ubah Port Dickson Jadi Krabi Musnah "Hadaplah Khemah Tepi Pantai Itu"

20-11-2022 04:31 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1835| Komen: 17

Impian calon Bebas, Abdul Rani Kulup Abdullah untuk mengubah Port Dickson jadi Krabi, terkubur setelah mengalami kekalahan teruk di Parlimen Port Dickson, pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).


Abdul Rani yang juga seorang aktivis sosial itu memuat naik satu hantaran di akaun Facebooknya, sebelum keputusan rasmi keluar malam tadi, berikutan tiada langsung undi buatnya pada ketika itu.


Foto: Kosmo

“Ayah bukan kalah, tetapi kemenangan ayah ditangguhkan. Rancangan nak ubah Port Dickson sebagai Krabi mungkin patut dilupakan.

“Orang ramai pergilah Port Dickson hadap khemah tepi pantai itu. Konon-konon positif dan sokong, sekarang ayah tahu semuanya tikam belakang semata,” tulisnya kecewa.


Tangkap layar hantaran Abdul Rani Kulup Abdullah di akaun Facebooknya.

Rata-rata di ruangan komen, orang ramai terhibur dengan hantaran tersebut dan memberikan semangat buat Abdul Rani.




“Biasalah, hero memang kalah awal,” seloroh salah seorang pengguna Facebook.

“Ayah kalah di lapangan politik, tetapi menang di hati peminat,” komen pengguna yang lain pula.

Berdasarkan keputusan rasmi di laman sesawang Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), calon Pakatan Harapan (PH), merangkap Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berjaya merampas kerusi tersebut dengan majoriti 23,601 undi.

Beliau sekaligus menewaskan Datuk P. Kamalanthan (Barisan Nasional) yang memperoleh 22.96 peratus undi, Rafiei Mustapha (Perikatan Nasional) memperoleh 22.74 peratus undi, Dr Ahmad Idham Ahmad Nadzri (Pejuang) memperoleh 1.35 peratus undi dan Abdul Rani hanya memperoleh 0.55 peratus undi.-CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pu3_rania 20-11-2022 07:44 PM
Muahaha
Tajuk thread tak boleh blah
Quote Nurdianah 20-11-2022 08:02 PM

Quote adm7 20-11-2022 08:39 PM
Apa punya bingai la page troll dgn page rasmi pun tak boleh beza
Quote airmineral 20-11-2022 08:43 PM
aku xsangka dia bertandinggg
mcmn la ghope kalau masuk parlimen
Quote rosedemon 21-11-2022 09:46 AM
hidup bang rani!
Quote acepark 21-11-2022 10:38 AM
hahha.kesian x der sapa vote dia
Quote grouper 21-11-2022 10:41 AM
Lando pun kalah...menang kat media sosial je...mmg membuktikan majoriti pengundi xde la terpengaruh ngan media sosial sangat...
Quote Simunggu 21-11-2022 10:56 AM
kalah pun tak kan 0 undi??? kasian Delo
Quote johan-adx 21-11-2022 11:04 AM
grouper replied at 21-11-2022 10:41 AM
Lando pun kalah...menang kat media sosial je...mmg membuktikan majoriti pengundi xde la terpengaruh  ...

bajet ciput mmg bye2 lah..
Quote ifanonline 21-11-2022 11:07 AM
sape vote rani kulop ni memang bodo
Quote sangbara2020 21-11-2022 11:26 AM
hahahahahhahah
Quote mizruncing 21-11-2022 11:28 AM
kahkah terima jela hakikat ayah oiii. belum layak lagi nak masuk parlimen
Quote namieamuro 21-11-2022 11:29 AM
ekceli. kalau nk masok bertanding ni. bru kene bayar?
Quote renko 21-11-2022 11:32 AM
grouper replied at 21-11-2022 10:41 AM
Lando pun kalah...menang kat media sosial je...mmg membuktikan majoriti pengundi xde la terpengaruh  ...

kalau dia menang pun
nak dapat bajet peruntukan dari mana?
nnt2 kena gak jadi mesra parti pemerintah
baru dapat peruntukan
Quote renko 21-11-2022 11:32 AM
dia ni mmg jadi laughing stock jela
10k tu baik la simpan
merapu sungguh
Quote doubleharmonic 21-11-2022 02:18 PM
ditangguhkan celah mana babi? dah sendu tu sendu la tetap nak in denial lagi persis nek ani scammer? dah memang betul tak jadi kan dah orang tak nak yang ko nak tangguh sampai bila hah babi?
Quote areyam 21-11-2022 02:22 PM
Patutnya Ayah ubah dulu jadi Krabi... baru orang undi.... amacam..

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 01:12 AM GMT+8 , Processed in 0.048445 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top