Abu Dhabi: Cef selebriti, Salt Bae dikecam di media sosial selepas menayangkan bil pelanggan mencecah harga 614,125 dirham (kira-kira RM761,000) yang menikmati hidangan di restorannya di sini, baru-baru ini.
Menurut laporan portal Mirror, resit bayaran yang menarik perhatian ramai itu adalah dari restoran Nusr-Et Steakhouse di Abu Dhabi. Pendedahan cef itu mengundang rasa kurang senang dalam kalangan netizen. Tidak diketahui milik siapa resit bayaran berkenaan tetapi ramai individu berprofil tinggi dilaporkan kini berada di sini bagi menyaksikan perlumbaan terakhir musim Formula 1, sebelum ke Qatar untuk menyaksikan Piala Dunia.
Salt Bae atau nama sebenarnya, Nusret Gokçe dilaporkan mengambil kesempatan daripada dua acara itu apabila mengenakan 9,000 dirham (kira-kira RM11,155) untuk dua set hidangan stik Istanbul bersalut daun emas selain pelbagai lagi hidangan dengan harga yang disifatkan tidak masuk akal.
|
Far: nampak drivers F1 punya gambar ...
CiliPadiSedap replied at 20-11-2022 08:12 PM
nusret ni kalau ambil pakej simbah garam tu yang mahal. makanan lain harga biasa je.
dani-rox replied at 20-11-2022 08:57 PM
pakej garam + peluh + bulu lengan dan dada
ketambangkang replied at 21-11-2022 08:12 AM
tuan punye resit ni takde pon tayang2 resit kat socmed ek..klu jutawan tanah melayu rasanya tayang a ...
ADVERTISEMENT