CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Parti Sabah Dan Sarawak Lebih Mesra Dengan PN Berbanding PH

20-11-2022 03:02 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1133| Komen: 7

Kuala Lumpur: Pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang menyaksikan tiada parti memiliki majoriti untuk menubuhkan kerajaan, tumpuan kini terarah kepada kerjasama dengan blok politik di Sabah dan Sarawak.


Gabungan Parti Sarawak (GPS) menguasai 22 Parlimen di Sarawak, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memiliki enam kerusi di Sabah manakala Warisan dengan tiga kerusi menjadikan jumlah keseluruhan di dua negeri berkenaan sebanyak 31 kerusi.

Jumlah itu sudah pasti didambakan dua parti dari Semenanjung yang memiliki jumlah kerusi terbanyak iaitu Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH).

Pensyarah Kanan Pusat Perdana, Fakulti Teknologi dan Informatik Razak, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali, berkata parti dari Borneo dilihat lebih cenderung kepada PN berbanding PH.


Foto: Harian Metro


Katanya, GPS sendiri pernah menganggotai Kabinet Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika era pentadbiran Pengerusi PN itu pada 2020.

"Kita lihat keputusan itu nampaknya memberi PN kelebihan kerana PN sebelum ini pernah menubuhkan kerajaan bersama Barisan Nasional (BN) dan GPS, jadi kalau kita lihat kepada rekod, kelebihan ada pada Muhyiddin.

"Cuma jika berlaku kerjasama PN, GPS, GRS dan BN, sewaktu PRU-15, masing-masing ada membuat kenyataan yang saling bercanggah antara satu sama lain misalnya PAS menyatakan tidak akan bekerjasama lagi dengan BN disebabkan sikap BN yang menolak Muafakat Nasional (MN)," katanya kepada BH, hari ini.

Mazlan berkata, GPS pula sukar untuk bekerjasama dengan PH disebabkan DAP yang bersaing dalam PRU15 di Sarawak.

Sementara itu, penganalisis politik dari Universiti Malaysia Sabah (UMS), Dr Eko Prayitno, berpandangan PH mempunyai masalah sentimen terutama dengan GPS yang dibawa dari Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) hingga PRU-15.

"Namun, mungkin kepentingan politik bersama akan menghilangkan sentimen terbabit. Maksudnya ada keberangkalian kerjasama tetapi agak kecil kecuali kepentingan Sabah dan Sarawak dapat dipenuhi khususnya isu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan politik lokal.

"Maka isu-isu ini akan menjadi tawaran besar untuk mereka memberikan sokongan kepada mana-mana parti termasuk PH," katanya.

Eko berkata, di Sabah pula, sekiranya PH dapat memberi keyakinan kepada GPS, tiada masalah untuk parti di Sabah bersekutu dengan PH.

"Tapi jika PH tak dapat sokongan daripada GPS, jadi saya rasakan blok yang akan terbentuk adalah PN, BN, GRS dan GPS sebab ini saya melihat khususnya di Sabah adalah persoalan mengenai sentimen kerajaan negeri yang mana ia ditadbir GRS-BN," katanya.

Keputusan PRU-15 menyaksikan PN memperoleh 73 kerusi Parlimen termasuk 22 daripadanya yang bertanding menggunakan logo PAS.

PH pula menguasai 82 kerusi Parlimen termasuk lima daripadanya yang bertanding menggunakan logo DAP dan satu daripada Muda. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 20-11-2022 08:15 PM
dah confirm pn. tak payah nak batu api sangat. padan muka ph rasa boleh menang besar. rakyat dah vote swing sebab 22 bulan mcm2 isu timbul.

kalau xberubah next pru lingkup lah bila jajaran politik baru terbentuk dalam pn bn
Quote gadogado 20-11-2022 10:00 PM
Diorang pun x suka PH
Quote caprut 20-11-2022 10:03 PM
Awal2 boleh la acik forum sembang itu ini. Kang da jadi kerajaan ade jela benda x sekefahaman
Quote ninja9 20-11-2022 10:06 PM
kalau melompat parti tidak dibenarkan sepatutnya gabungan parti selepas prn jugak patut dimansuhkan...

sebab katak dan gabungan ini akan dimanipulasikan sehingga drama panjangggggg berlaku.. melompat katak dan gabungan parti selepas prnlah penyebab semua drama ni sekarang..

patutnya dah aman-aman cuti besok ni masih lagi tak sure siapa nak gabung..

jangan-jangan sepanjang 5 tahun akan datang kerajaan tak perna akan stabil
Quote rosedemon 21-11-2022 09:42 AM
lntak ko laaa semua taguna
Quote salimrock 21-11-2022 09:43 AM

sebab PH pn nak join sakau pojek borneo kan?
Quote bulalof 21-11-2022 09:43 AM
masih ada loop hole sebenarnya wpun sudah ada akta larangan lompat party.

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 06:09 AM GMT+8 , Processed in 0.036663 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top