CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Agong Titah Anwar Diangkat PM Baharu Adalah Mesej Palsu

20-11-2022 02:33 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 605| Komen: 1

Mesej tular mendakwa Yang di-Pertuan Agong menitahkan Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim diangkat sebagai Perdana Menteri susulan keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) semalam adalah palsu.



Astro AWANI menafikan penularan mesej yang mendakwa Yang di-Pertuan Agong menitahkan agar Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim diangkat sebagai Perdana Menteri.

Astro AWANI menafikan tindakan tidak bertanggungjawab itu dan menegaskan tiada sebarang kaitan dengan pungutan suara yang dibuat oleh saluran berita berkenaan menerusi capaian undi.astroawani.com sempena PRU15.

Pungutan suara #SuaraMalaysia itu mula dilancarkan Astro AWANI pada 17 Oktober lalu.

Soalan-soalan yang dikemukakan diakses melalui imbasan kod di Saluran 501, platform digital dan media sosial Astro AWANI.

Semua pihak diminta tidak terpengaruh dengan sebarang mesej palsu  disebarkan golongan tidak bertanggungjawab. - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote boo06 27-11-2024 01:40 PM
D̶̛̯̯̖͒̀͋̈́̈̽̓̋̚͝o̴̞͊̂͌̈̽̒̄͘͘̕͘͠ ̴̛̛̮̮̪͆̉̑̑͋̔̅̾́̊͠y̸̥̯̥̙̥̠̝̰̭͎͚̋͂́o̵̱̯̹̤̯̲͓̎̉̀̑́̀͊̾͌̑̍̕͜͜ͅͅu̷̡̨͙̗̙͕̹͕̗͔̹̘͙͛͆̋̐̌̄̂̊̍̓ͅ ̷̖̼̥͎̦͉́̉̏͂̚͝ẅ̸̨̨̡̨̻̪̼͎̮́̓͛̌̃͂̑̾̐͘ā̶͓̘͕͙̠͖̩̜̀͋͊̂̄͆̏̽̕͝͝n̵̡͇̻͒͂́̃́̍̽̀̋̚ţ̵̟̪͍̼̱͉͇̫̺͕͌̊̃̾͌͆̓̽̍͌̒͝ ̸̣̺̍̓̄̈̋̉̚͝͠m̷̧̨̤̯̻͇̙̭̰̤͕̟̯͓͒̓̎͆͗͒̐̚̚͠è̴̡̛̞͈̩̯͇̠̝̇̏̋̇͂̾̊̚͘͘͝ ̴̡̛͔͓̲̞̣͙͉̆̋̒̑̎̾͋̂t̷̢͉̪̮̻̤̪̩͑̈́͂̐̋̇̓̕ͅȯ̴͚̜̮̫̦͍̊̕͘?̸̧̧͓̗̻̲̘̼̖̼̙̤̟̍͝

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 01:27 AM GMT+8 , Processed in 0.051720 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top