CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tanda Kertas Undi Sambil Silang Kaki, Bertenggek Atas Meja

20-11-2022 02:27 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1908| Komen: 9

Tindakan seorang lelaki yang kelihatan santai dan mengambil masa terlalu lama untuk membuang undi telah meraih perhatian orang ramai.

Video yang dikongsi oleh pengguna TikTok @eypul0308 memaparkan gelagat seorang pemuda yang mengambil masa yang lama dan kelihatan begitu santai menyilangkan kaki sambil ‘bertenggek’ atas meja undi.

Susulan video itu telah tular, majoriti besar orang ramai telah meninggalkan pelbagai komen dan reaksi di ruangan komen termasuklah rasa geli hati melihat gelagat anak muda tersebut.



“Lawak sungguh budak ni, ini mesti sepuluh penjuru, kita yang lima penjuru pun tidak sempat tengok semua, tanda yang terbenam dekat kepala sahaja,” komen seorang pengguna TikTok.


“Dia itu tengah memangkah ke atau pun sedang berborak dengan kertas undi? Macam-macam gelagat ye,” komen seorang lagi pengguna TikTok.

“Selesa betul kamu sampai silang kaki, barangkali semalam tidak ulang kaji, hari ini peperiksaan tidak tahu mahu jawab apa,” seloroh pengguna TikTok yang lainnya.

Dalam pada itu, terdapat juga orang ramai yang berpendapat bahawa mungkin ini adalah kali pertama mengundi bagi pemuda tersebut sehingga mengambil masa yang terlalu lama bagi menentukan masa depan negara.



“Ini mengundi kali pertama agaknya, aku pun sama juga dahulu, baca dari atas ke bawah, tengok kiri ke kanan kertas yang ada di depan mata supaya tidak membuat kesalahan yang menyebabkan undi rosak,” komen pengguna TikTok itu.

“Mungkin dia sedang berfikir bersungguh-sungguh, ayah suruh pilih parti ini, emak suruh pilih parti lain, keliru dibuatnya, itu yang lama sangat takut derhaka kepada ibu bapa katanya,” usik pengguna TikTok di ruangan komen. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 20-11-2022 02:32 PM
Edited by tumpanglalu74 at 20-11-2022 02:34 PM

Bayangkan aku ni nak menulih kat meje tu arasnye hat atas lutot aku ni je.  Itupon aku ni sekadar 5' 4" je.  

Aku pon kene bend sebab dah la nak pakai tangan sebelah je, sebelah tangan lagi dakwat takleh kene kertas undi.  Kipas bilik tu ko ingat macamane anginnye?  Macam balas dendam tak boley dok dalam bilik ekon la staf SPR tu pegi pasang.

Dah paham?
Quote rosedemon 21-11-2022 09:41 AM
kemain ko dekkk. umuq 18 kot ni
Quote Samerosie 21-11-2022 09:52 AM
Hahaha macam tengah bercinta kat public phone pulak.
Quote shernazz 21-11-2022 10:20 AM
tumpanglalu74 replied at 20-11-2022 02:32 PM
Bayangkan aku ni nak menulih kat meje tu arasnye hat atas lutot aku ni je.  Itupon aku ni sekadar 5' ...

Ye ke kaka...
Dahsuat beno nak bend gitu skali
Quote sufi^_^ 21-11-2022 10:35 AM
tumpanglalu74 replied at 20-11-2022 06:32 AM
Bayangkan aku ni nak menulih kat meje tu arasnye hat atas lutot aku ni je.  Itupon aku ni sekadar 5' ...

dah tu guna meja sekolah rendah, mustilah pendek.
Quote sangbara2020 21-11-2022 11:03 AM
aku pun ritu boleh lupa nak pangkah ke apa ni...
hahaha
Quote kepompong 21-11-2022 11:16 AM
ramai (geng 18) tiba2 nervous , dakwat tu tanda kat calon yg kita nak. Ada yg dah terrr jugak. tapi yg dakwat sempat kering tu selamat lah lagi
Quote renko 21-11-2022 11:23 AM
janji tak beruk attention seeker pakai baju bukan2 datang mengundi
Quote dua_chzy 21-11-2022 12:59 PM
Thanks dek hiburkan akak hari ni.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 01:13 AM GMT+8 , Processed in 0.033772 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top