Oleh Izzah Abbasy
Anak adalah amanah yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada hamba-Nya. Oleh itu, ibu bapa mempunyai tanggungjawab besar untuk membesarkan anak-anak syurga mereka. Bagaimana cara yang betul mendidik anak-anak ini? Adakah ibu bapa perlu bersikap garang ataupun berlembut dengan anak? Jika dahulu, ibu bapa yang garang terkenal kerana kejayaan membesarkan anak-anak sehingga ke menara gading. Tetapi kini rata-rata ibu bapa mengambil pendekatan lembut tetapi tegas kerana ingin menjaga perasaan anak remaja. Kajian pakar menunjukkan bahawa apabila ibu bapa selalu melakukan kekasaran terhadap remaja biasanya mereka akan memberontak. Perbuatan seperti mencubit, merotan, memukul dengan objek, boleh dikategorikan sebagai pendidikan dengan cara yang keras. Hampir tiada unsur pendidikan langsung dengan cara kekerasan berkenaan jika tidak dilakukan dengan cara yang berhikmah. Tunjuk cara efektif Islam mengajar dan menunjukkan cara yang efektif dengan menyuruh setiap yang menjadi tonggak utama seperti ibu bapa supaya berlemah-lembut, belas kasihan sehingga anak mereka membesar di jalan yang lurus, terdidik dengan semangat berani berterus-terang dan bebas diri. Banyak petunjuk diberikan Islam mengenai berlemah-lembut, berkata baik dan berbudi bahasa antara satu sama lain dalam al-Quran dan sunnah. Firman Allah SWT bermaksud: “Sesungguhnya Allah menyuruh menjalankan keadilan, berbuat baik dan memberi kepada kaum kerabat.” (Surah An-nahl, ayat 90) FirmanNya lagi bermaksud: “Dan orang yang menahan marahnya, dan orang yang suka memaafkan orang lain, dan Allah sangat suka kepada orang yang berbuat baik.” (Surah Ali-Imran, ayat 134) Kesihatan jiwa Ibu bapa perlu mengambil contoh daripada pengajaran berkenaan dan mengamalkannya andai kata mereka benar-benar mahukan kesihatan jiwa anak terpelihara. Kesihatan jiwa adalah salah satu penentu kebahagiaan anak. Jika ibu bapa sendiri selalu berkeras, maka ibu bapalah yang melakukan kezaliman ke atas anak. Mereka akan mendapati bahawa mereka sudah menanam benih-benih kerosakan ke dalam jiwa anak. Dalam sebuah kisah, datang seseorang kepada Umar bin Al-Khattab mengadu penderhakaan anaknya. Maka Umar pun memanggil anak orang itu, lalu memarahinya. Maka berkata si anak: “Wahai Amirul Mukminin! Tidakkah ada hak anak ke atas ayahnya? Umar menjawab: Bahkan ada. Berkata anak itu: “Apa dia, wahai Amirul Mukminin? Umar menjawab: Hendaklah ia memilih ibunya (daripada keturunan yang baik), dan memberi nama yang baik, dan mengajar membaca al-Quran. Lalu si anak itu berkata: “Wahai Amirul Mukminin, sesungguhnya ayah saya tidak melakukan suatu pun daripada perkara itu. Ibu saya adalah seorang zanjuyah (bekas hamba hitam), dulu isteri kepada seorang Majusi dan dia juga menamakan saya Jo’ul (lipas), dan dia belum mengajar saya satu huruf pun daripada al-Quran.” Mendengar kata-kata si anak itu, maka Umar pun berkata kepada si ayah: “Engkau datang mengadu penderhakaan anakmu. Sebenarnya engkau telah menderhakainya sebelum dia menderhakaimu, dan engkau telah merosakkannya sebelum dia merosakkanmu.” Demikianlah Umar Al-Khattab meletakkan sebab penderhakaan si anak tadi ke atas bahu ayahnya, kerana dia melalaikan pendidikannya. Marilah kita cermin diri kita dan meneliti sama ada penderhakaan atau masalah ditimbulkan anak sebenarnya mungkin berpunca daripada kita, Mari kita saksikan kisah kisah pengajaran untuk pedoman bersama menghargai jasa ibu kita disini. CARI Infonet
|
22
Bagus |
20
Marah |
21
Terkejut |
20
Sedih |
9
Lawak |
35
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
SayaSayangMama replied at 23-12-2014 04:34 PM
Ni contoh mak aku dan ayah aku. Cara pngajaran mereka sgt berbeza semasa aku dan adik beradik kecik2 ...
ADVERTISEMENT