CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Video Mana?' - Calon BN Tasek Gelugor Tak Goyah Dituduh Mabuk Minum Ketum

18-11-2022 11:54 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1136| Komen: 7

Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Muhamad Yusoff Mohd Noor menyifatkan fitnah dan serangan peribadi yang dilemparkannya tidak menjejaskan beliau untuk terus berkempen melawan parti lawan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).


Sebaliknya, Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Dua itu menganggapkan serangan itu sebagai cubaan untuk menganggu kempen serta menghasut fikiran penduduk menjelang hari pengundian esok.


Tular video mendakwa calon BN Tasek Gelugor berada dalam keadaan lalok susulan minum air ketum.

“Video mana? Macam mana mereka kata tu air ketum? Kalau benar mereka ada bukti buat laporan biar polis jalankan siasatan dan saya sedia untuk disiasat.

“Sampai bila rakyat hendak ‘disaji’ dengan benda-benda macam ini. Adakah mereka (parti lawan) takut kalah? hingga perlu melakukan serangan peribadi sebegini terhadap saya?


“Patut di saat akhir ini kita terus yakinkan pengundi apa yang kita akan bawakan kepada sekiranya diberi mandat bukan cari atau sebarkan fitnah,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette hari ini.


Tangkap layar menunjukkan dua lelaki sedang membuka bungkusan air yang didakwa air ketum.

Terdahulu, tular satu rakaman video berdurasi 23 saat di Facebook menunjukkan dua lelaki memakai baju BN sedang membuka satu bungkusan air berwarna hijau yang didakwa air ketum.

Dalam video sama, mereka menunjukkan calon yang bertanding di Parlimen Tasek Gelugor kononnya berada dalam keadaan lalok bersama satu botol air berwarna gelap.

Kerusi Parlimen Tasek Gelugor menyaksikan persaingan lima penjuru dengan empat lagi calon bertanding iaitu Perikatan Nasional (PN), Datuk Wan Saiful Wan Jan; Nik Abdul Razak Nik Md Ridzuan (PH) serta calon Warisan; Mohamad Akmal Azhar dan Abdul Halim Sher Jung (GTA-Pejuang). 


Sumber: MalaysiaGazette






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 18-11-2022 12:20 PM
hahahaha. dah jumpa ayah pink minta restu
Quote Nurdianah 18-11-2022 10:07 PM

Quote sepiITUindah 18-11-2022 10:12 PM
ngape zahid pilih calon cam gini
cam nak expired jer
Quote tumpanglalu74 18-11-2022 10:55 PM
Gambor ongtua mengantok..
Quote Kemaruk-Taikk 18-11-2022 11:05 PM
Quote tumpanglalu74 18-11-2022 11:22 PM
70dsc5.jpg
Quote boo06 27-11-2024 01:42 PM
D̶̛̯̯̖͒̀͋̈́̈̽̓̋̚͝o̴̞͊̂͌̈̽̒̄͘͘̕͘͠ ̴̛̛̮̮̪͆̉̑̑͋̔̅̾́̊͠y̸̥̯̥̙̥̠̝̰̭͎͚̋͂́o̵̱̯̹̤̯̲͓̎̉̀̑́̀͊̾͌̑̍̕͜͜ͅͅu̷̡̨͙̗̙͕̹͕̗͔̹̘͙͛͆̋̐̌̄̂̊̍̓ͅ ̷̖̼̥͎̦͉́̉̏͂̚͝ẅ̸̨̨̡̨̻̪̼͎̮́̓͛̌̃͂̑̾̐͘ā̶͓̘͕͙̠͖̩̜̀͋͊̂̄͆̏̽̕͝͝n̵̡͇̻͒͂́̃́̍̽̀̋̚ţ̵̟̪͍̼̱͉͇̫̺͕͌̊̃̾͌͆̓̽̍͌̒͝ ̸̣̺̍̓̄̈̋̉̚͝͠m̷̧̨̤̯̻͇̙̭̰̤͕̟̯͓͒̓̎͆͗͒̐̚̚͠è̴̡̛̞͈̩̯͇̠̝̇̏̋̇͂̾̊̚͘͘͝ ̴̡̛͔͓̲̞̣͙͉̆̋̒̑̎̾͋̂t̷̢͉̪̮̻̤̪̩͑̈́͂̐̋̇̓̕ͅȯ̴͚̜̮̫̦͍̊̕͘?̸̧̧͓̗̻̲̘̼̖̼̙̤̟̍͝

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 01:02 AM GMT+8 , Processed in 0.092123 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top