CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rafizi Dakwa PN Berhabis Duit Bayar Figura TikTok

18-11-2022 11:20 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2940| Komen: 30

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mendakwa Perikatan Nasional (PN) sanggup berhabis duit bagi menggunakan figura TikTok terkenal sebagai modal kempen politik mereka.

Menurutnya, kos bagi seorang pempengaruh TikTok boleh mencecah antara RM20,000 hingga RM50,000.


FB Rafizi

“Bayangkan kalau ada berpuluh-puluh video TikTok, kosnya mungkin berjuta. Hanya dengan pakai baju logo PN sahaja.

“Saya tahu sebab itu cara saya cari (menguruskan syarikat) makan. Syarikat saya sebahagian operasinya buat pemasaran digital. Jadi, saya tahu berapa harga seorang ‘influencer’.

“Influencer biasa macam saya ini harga RM5,000 sahaja. Anda boleh bayangkan betapa banyaknya duit PN sehinggakan boleh bayar influencer,” katanya ketika berucap pada siri Ceramah Ayuh Malaysia di Desa Pinggiran Putra, di sini malam tadi.


Katanya, PN juga mempunyai sumber dana yang banyak bagi menggerakkan kempen, malah ia dibuktikan dengan meriahnya bahan kempen PN di seluruh negara.

Rafizi berkata, PN dilihat paling ke hadapan dari segi bahan kempen termasuk bendera besar, papan iklan dan kempen di media sosial.

Dalam pada itu, Rafizi juga mendakwa calon Barisan Nasional (BN) kini mengeluh tiada duit untuk menggerakkan kempen, malah tidak kisah untuk tidak menang pilihan raya kali ini.

“Saya ada tanya kawan-kawan dalam UMNO. Semuanya mengeluh tiada duit. Itu sebab bahan politik mereka kurang.

“Malah, ada kawan UMNO juga maklumkan mereka juga tidak kisah untuk tidak menang pilihan raya kali ini kerana tumpuan mereka adalah pemilihan UMNO tidak lama lagi.

“Daripada belanja besar untuk pilihan raya yang susah mahu menang, baik simpan duit untuk pemilihan UMNO dalam tempoh empat bulan lagi,” katanya. 


Sumber: UTUSAN






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Samerosie 18-11-2022 11:45 AM
Sukati orang tu la, kau pun pakai fb ads gak, cuma kau tak de pitih kalau ada pun kalau buat juga.  Maklonglah aset berjuta on paper oni.
Quote CiliPadiSedap 18-11-2022 12:07 PM
kan betul kaka sebut pn full margin dalam kempen kali ni siap ada konsert hiburan lagi macam sungai buloh .

dalam forex kalau full margin tu setup yang kalau pergi kaya. khayal. kalau lawan arah mc terus. siapa kaki mc
kaki depo confirm tahu apa tu full margin.
Quote Mulotkoyak 18-11-2022 01:13 PM
Tp bile suh bg bantuan banjir and repair jln rosak hapus kan peniaga kaki lima selalu xde duit. Ehhhh... Hahaha
Quote Leonclay 18-11-2022 02:12 PM
Byk dana boleh le kempen lebih..cite la hal manifesto ko..tu yg rakyat nk dgr..sape yg nak bantu rakyat, tu yg rakyat akan pilih..
Quote EastlandS 18-11-2022 02:17 PM
Thanks for the update and quick reply. I'll be sure to keep an eye on this thread.
Quote akies 18-11-2022 02:32 PM
Itu pun dia nak bgtau kat orang.
Kang kalau compare butiran ceramah ko dgn kj..
penyokong ko menggelupur marah lak.

Quote 3480 18-11-2022 04:30 PM
Dh nama pon kempen..
Kempen ph lg ligat kt TikTok
X kisah pon..
Ada duit khennn
Quote akusukaq 18-11-2022 04:38 PM
Fizi dah dapat rasekan PH dah makin ditolak pengundi Melayu luar bandar.Terkini PN dah mula leading
Quote ultra78 18-11-2022 04:39 PM
Undilah BN. Lupakan PH & PN

[tiktok]7166119644007304475[/tiktok]




Quote ultra78 18-11-2022 05:04 PM
[tiktok]7162581797820173594[/tiktok]

[tiktok]7166179238473682203[/tiktok]


Quote monreyes 18-11-2022 05:48 PM
bangsat ni dah knp sebok sangat hal parti org...kau kempen parti kau je lah bodoh
Quote Skuau 18-11-2022 05:58 PM
layan budak tik tok jugok ko ni...rupanya...
Quote Highflyer19 18-11-2022 06:23 PM
Biaq pi lah...hang dengki pasai apa...sebok jaga tepi kain orang...
Quote ninnakarinna 18-11-2022 06:39 PM
Asik serang PN je si fizi ni.. Rasa terancam ke?
Quote Nurdianah 18-11-2022 06:51 PM



Quote AbukRokok 18-11-2022 09:41 PM
ultra78 replied at 18-11-2022 04:39 PM
Undilah BN. Lupakan PH & PN

emmmm undi bn la mcm ni bukn bini irg mcm wawa zainal emma maembong
Quote ina_na 19-11-2022 12:10 PM
ninnakarinna replied at 18-11-2022 06:39 PM
Asik serang PN je si fizi ni.. Rasa terancam ke?

nampak sgt dia gan abam non x sentuh pun wak jahit..semakin something je...aku benci btl nk p memangkah x tau nak pilih sape ni...cina semua ..dah la ph vs bn vs pn...stresss
Quote brego 19-11-2022 12:14 PM
akusukaq replied at 18-11-2022 04:38 PM
Fizi dah dapat rasekan PH dah makin ditolak pengundi Melayu luar bandar.Terkini PN dah mula leading

betoi, PH cuma kuat di kawasan bandar dan majoriti cina
Quote brego 19-11-2022 12:15 PM
PH bayar Red Bean Army beribu sorang, boleh la pulok

memang PH ni bajet suci,
orang lain buat tak boleh, dia takpe

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 01:01 AM GMT+8 , Processed in 0.124176 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top