CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tiada Kesesakan Di CIQ BSI Akibat Rakyat Pulang Mengundi - Polis

17-11-2022 11:37 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 642| Komen: 1

Polis menafikan berlaku kesesakan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini, yang didakwa berikutan rakyat Malaysia pulang untuk mengundi seperti video yang tular menerusi media sosial hari ini.


Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata tular sebuah video berdurasi 17 saat memaparkan kesesakan di CIQ BSI namun hasil siasatan mendapati ia merupakan sebuah video lama.



"Rakaman tersebut dipercayai adalah video lama yang dimainkan semula dan tidak benar ia berlaku seperti yang didakwa, bahawa ia tercetus ekoran daripada rakyat Malaysia pulang untuk mengundi," katanya dalam kenyataan hari ini.


Beliau berkata ketika ini keadaan kemasukan pengembara di CIQ BSI adalah pada kadar biasa iaitu tidak melebihi 2,000 orang pada satu-satu masa dan tiada pertambahan mendadak.

Sehubungan itu, Raub menasihatkan orang ramai supaya tidak menularkan perkara yang tidak benar sekali gus menimbulkan kegusaran.


Sumber: BERNAMA





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote boo06 27-11-2024 01:43 PM
D̶̛̯̯̖͒̀͋̈́̈̽̓̋̚͝o̴̞͊̂͌̈̽̒̄͘͘̕͘͠ ̴̛̛̮̮̪͆̉̑̑͋̔̅̾́̊͠y̸̥̯̥̙̥̠̝̰̭͎͚̋͂́o̵̱̯̹̤̯̲͓̎̉̀̑́̀͊̾͌̑̍̕͜͜ͅͅu̷̡̨͙̗̙͕̹͕̗͔̹̘͙͛͆̋̐̌̄̂̊̍̓ͅ ̷̖̼̥͎̦͉́̉̏͂̚͝ẅ̸̨̨̡̨̻̪̼͎̮́̓͛̌̃͂̑̾̐͘ā̶͓̘͕͙̠͖̩̜̀͋͊̂̄͆̏̽̕͝͝n̵̡͇̻͒͂́̃́̍̽̀̋̚ţ̵̟̪͍̼̱͉͇̫̺͕͌̊̃̾͌͆̓̽̍͌̒͝ ̸̣̺̍̓̄̈̋̉̚͝͠m̷̧̨̤̯̻͇̙̭̰̤͕̟̯͓͒̓̎͆͗͒̐̚̚͠è̴̡̛̞͈̩̯͇̠̝̇̏̋̇͂̾̊̚͘͘͝ ̴̡̛͔͓̲̞̣͙͉̆̋̒̑̎̾͋̂t̷̢͉̪̮̻̤̪̩͑̈́͂̐̋̇̓̕ͅȯ̴͚̜̮̫̦͍̊̕͘?̸̧̧͓̗̻̲̘̼̖̼̙̤̟̍͝

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 12:55 AM GMT+8 , Processed in 0.890938 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top