CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Risikan ATM Lapor Kedudukan PN Mampu Atasi BN

17-11-2022 11:33 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2307| Komen: 18

Kedudukan Perikatan Nasional (PN) kini dalam trend menaik dan dijangka mampu memenangi kerusi untuk mengatasi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz, berkata ia berdasarkan laporan dilakukan perisikan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

"Semalam saya menerima panggilan daripada perisikan tentera yang memaklumkan berita di peringkat negara hari ini, kedudukan PN ke arah menaik.


Harian Metro

"Kerusi PN diramal mengatasi BN dan kedudukan kita setakat ini cukup baik...sekiranya ia termakbul, bermakna Perdana Menteri akan diangkat dari Perikatan Nasional," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Ceramah Grand Final PRU15 di sini, malam ini.

Ikmal Hisham yang juga calon PAS Parlimen Tanah Merah turut mengharapkan pengundi memberi kepercayaan kepada PN untuk mengemudi negara.

Dalam pada itu, beliau menyifatkan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, gagal membawa pembangunan kepada Machang selama dua penggal mengemudi Parlimen berkenaan.

Katanya, Ahmad Jazlan yang juga calon BN Parlimen Machang gagal mengambil peluang untuk membawa masuk pembangunan di Parlimen berkenaan ketika memegang jawatan sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar.

"Buktinya hari ini apabila saya datang ke Machang, banyak perbezaan jika dibandingkan dengan Parlimen Tanah Merah dan berharap pengundi di sini memberi peluang kepada calon PAS di Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, untuk membawa perubahan kepada Parlimen Machang,"


Sumber: BH Online





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nurdianah 17-11-2022 11:34 PM
Edited by Nurdianah at 17-11-2022 11:39 PM

Quote noor2 17-11-2022 11:34 PM
Bagusla kalau PN menang.....

Quote akusukaq 17-11-2022 11:45 PM
PRU yang sia sia ,tiada yg menang.
Terpaksa bergabung lagi, berebut , dah bergaduh lagi. Rakyat pun jadi leteh...
Quote AbukRokok 18-11-2022 10:05 AM
dapatlah bapa lockdown kali kedua pandai baca doa
Quote vespa_oren 18-11-2022 11:55 AM
apalah dengar risikan tentera, patut dengar risikan dari pegawai polis mcm 2018 dulu tapi org politik xpercaya nk gsk buat pRU
Quote Belibis 18-11-2022 12:50 PM
vespa_oren: apalah dengar risikan tentera, ...

Masa tu jibi yang tak percaya dengan risikan pulis..
Quote Suchi 18-11-2022 12:52 PM
Semua berpotensi nak menang apapun tunggu rasa esok  laaa naa
Quote lostnfaun 18-11-2022 02:16 PM
Belibis replied at 18-11-2022 12:50 PM
Masa tu jibi yang tak percaya dengan risikan pulis..

Dia lebih percaya dgn laporan Kemas & think tank dia kot..
Quote TomyamPuteh 18-11-2022 03:00 PM
Aku nk pangkah BSN sbb duit BKM aku msk dlm bank tu.
Quote Nurdianah 18-11-2022 06:32 PM
Edited by Nurdianah at 18-11-2022 06:46 PM






Quote bakingsoda 18-11-2022 06:47 PM
vespa_oren replied at 18-11-2022 11:55 AM
apalah dengar risikan tentera, patut dengar risikan dari pegawai polis mcm 2018 dulu tapi org politi ...

cer share risikan polis masa pru14 dan tahun ni
Quote Namasayaomel 19-11-2022 09:07 AM
ha..ha..hanat btul..kejap PH kejap PN...tunggu je laa malam ni result
Quote bakingsoda 19-11-2022 09:12 AM
Namasayaomel replied at 19-11-2022 09:07 AM
ha..ha..hanat btul..kejap PH kejap PN...tunggu je laa malam ni result

mengatasi BN je, bukan PH
Quote delia3003 19-11-2022 10:14 AM
Nampak gaya bakalan berjaga sampai kul 4 pagi lagi macam PRU 14 sbb macam takde majoriti.
Quote TuntungReturn 19-11-2022 10:20 AM
pn akan menang.
Quote copy_paste 19-11-2022 10:27 AM
cite dalam ATM je senang la,kat luar tu PH yg pegang
Quote CiliPadiSedap 19-11-2022 01:17 PM
Kaka lg percaya astro awani dari risik merisik ni. Risik merisik last2 xbertunang. Terus jadi andartu
Quote boo06 27-11-2024 01:43 PM
D̶̛̯̯̖͒̀͋̈́̈̽̓̋̚͝o̴̞͊̂͌̈̽̒̄͘͘̕͘͠ ̴̛̛̮̮̪͆̉̑̑͋̔̅̾́̊͠y̸̥̯̥̙̥̠̝̰̭͎͚̋͂́o̵̱̯̹̤̯̲͓̎̉̀̑́̀͊̾͌̑̍̕͜͜ͅͅu̷̡̨͙̗̙͕̹͕̗͔̹̘͙͛͆̋̐̌̄̂̊̍̓ͅ ̷̖̼̥͎̦͉́̉̏͂̚͝ẅ̸̨̨̡̨̻̪̼͎̮́̓͛̌̃͂̑̾̐͘ā̶͓̘͕͙̠͖̩̜̀͋͊̂̄͆̏̽̕͝͝n̵̡͇̻͒͂́̃́̍̽̀̋̚ţ̵̟̪͍̼̱͉͇̫̺͕͌̊̃̾͌͆̓̽̍͌̒͝ ̸̣̺̍̓̄̈̋̉̚͝͠m̷̧̨̤̯̻͇̙̭̰̤͕̟̯͓͒̓̎͆͗͒̐̚̚͠è̴̡̛̞͈̩̯͇̠̝̇̏̋̇͂̾̊̚͘͘͝ ̴̡̛͔͓̲̞̣͙͉̆̋̒̑̎̾͋̂t̷̢͉̪̮̻̤̪̩͑̈́͂̐̋̇̓̕ͅȯ̴͚̜̮̫̦͍̊̕͘?̸̧̧͓̗̻̲̘̼̖̼̙̤̟̍͝

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 01:29 AM GMT+8 , Processed in 0.064650 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top