CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ingat Main Sorook-sorok, Sekali Nampak Darah Keluar Dari Mulut Anak

17-11-2022 11:09 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1895| Komen: 9

Menyayat hati, seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun di Australia ditemui maut akibat dihimpit pagar garaj rumahnya, selepas terperangkap semasa main permainan sorok-sorok, lapor Daily Star.


Menurut bapanya, mangsa ketika itu sedang bermain permainan sorok-sorok bersama rakannya dan apabila dijumpai, tubuhnya sudah dihimpit oleh pintu garaj.



“Kami berada di tingkat atas rumah dan apabila saya pergi untuk melihat keadaannya, dia tersangkut di pagar garaj. Saya melihat mereka berdua tersangkut di pagar.

“Saya berfikir mereka bermain sorok-sorok. Tetapi apabila saya semakin dekat, saya nampak darah mengalir keluar dari mulut anak saya,” katanya.

Katanya lagi, dia mahu menolong mengeluarkan anaknya namun pagar garaj itu terlalu besar dan susah untuk mengalihkannya.

“Saya cuba untuk menurunkan pintu pagar tetapi tidak boleh kerana ia terlalu besar dan berat. Saya sentuh kepalanya, saya sentuh jari dia semuanya sejuk.

“Namun, rakannya seakan sedar dan menjerit meminta pertolongan,” tambahnya.

Dalam masa yang sama, pasukan penyelamat juga bergegas ke rumah mereka untuk cuba membantu menyelamatkan mangsa, namun mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Sementara itu rakan mangsa yang turut bermain sama ketika kejadian pula berada dalam keadaan kritikal dan masih dirawat di hospital.

Difahamkan punca kejadian tersebut masih dalam siasatan pihak polis Victoria, tapi mereka tidak menganggap insiden berkenaan sebagai sesuatu yang mencurigakan.


Sumber: Gempak





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 17-11-2022 11:39 PM
Sedihnya....innalillah
Quote Thunderclouds 18-11-2022 06:50 AM
Accident does happen. Bukan sebab makPak careless tiap kali kejadian anak mati kt umah.
Quote batmana 18-11-2022 07:27 AM
Pagar grill, bdk2 buat main pn aku dh ngeri..ni plak pintu garaj elektrik bsr gedabak leh bunuh org cm final destination..
Quote Itzy 18-11-2022 07:41 AM
Alhamdulillah masuk syurga adik ni. Masih umur 9 tahun kecil lagi.
Quote gideoncross 18-11-2022 08:09 AM
batmana replied at 18-11-2022 07:27 AM
Pagar grill, bdk2 buat main pn aku dh ngeri..ni plak pintu garaj elektrik bsr gedabak leh bunuh org  ...

Lgi2 klau grill pagar tu yg ada tombak tajam2 kat ats nya tu, ugh.
Quote Samerosie 18-11-2022 08:16 AM
Kalau ikut gambar tu memang heavy duty punya gate tu kat apartment atau commercial buildings je pakai.  Arwah ni main suis gate ke?  Sebab ada pakcik dia mcm blame la kata suis tu budak2 pun boleh sampai. Baca kat original news dia ni family immigrant islam.
Quote miszclassique 18-11-2022 12:11 PM
Samerosie replied at 18-11-2022 08:16 AM
Kalau ikut gambar tu memang heavy duty punya gate tu kat apartment atau commercial buildings je paka ...

Katanya diorang mungkin main emergency button gate tu, tu yg gate tu bergerak... Org kulit hitam tapi mungkin la muslim sbb nama budak tu abdul
Quote CariMalay 18-11-2022 06:43 PM
Oh abdul, kenapa la engko bedul.
Quote boo06 27-11-2024 01:43 PM
D̶̛̯̯̖͒̀͋̈́̈̽̓̋̚͝o̴̞͊̂͌̈̽̒̄͘͘̕͘͠ ̴̛̛̮̮̪͆̉̑̑͋̔̅̾́̊͠y̸̥̯̥̙̥̠̝̰̭͎͚̋͂́o̵̱̯̹̤̯̲͓̎̉̀̑́̀͊̾͌̑̍̕͜͜ͅͅu̷̡̨͙̗̙͕̹͕̗͔̹̘͙͛͆̋̐̌̄̂̊̍̓ͅ ̷̖̼̥͎̦͉́̉̏͂̚͝ẅ̸̨̨̡̨̻̪̼͎̮́̓͛̌̃͂̑̾̐͘ā̶͓̘͕͙̠͖̩̜̀͋͊̂̄͆̏̽̕͝͝n̵̡͇̻͒͂́̃́̍̽̀̋̚ţ̵̟̪͍̼̱͉͇̫̺͕͌̊̃̾͌͆̓̽̍͌̒͝ ̸̣̺̍̓̄̈̋̉̚͝͠m̷̧̨̤̯̻͇̙̭̰̤͕̟̯͓͒̓̎͆͗͒̐̚̚͠è̴̡̛̞͈̩̯͇̠̝̇̏̋̇͂̾̊̚͘͘͝ ̴̡̛͔͓̲̞̣͙͉̆̋̒̑̎̾͋̂t̷̢͉̪̮̻̤̪̩͑̈́͂̐̋̇̓̕ͅȯ̴͚̜̮̫̦͍̊̕͘?̸̧̧͓̗̻̲̘̼̖̼̙̤̟̍͝

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 01:14 AM GMT+8 , Processed in 0.149572 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top