CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Sepang Kampung Halaman Saya, Arwah Datuk Pernah Jadi Imam Masjid' - Rina Harun

17-11-2022 11:04 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5698| Komen: 77

“Sepang adalah kampung halaman saya. Saya dilahirkan dan membesar di sini, malah, karier politik saya juga bermula di sini,” kata calon Perikatan Nasional (PN) P113 Sepang, Datuk Seri Rina Harun.


Beliau dengan tegasnya menafikan bahawa dirinya calon luar, malah, Sepang adalah tempat permainannya sejak dari kecil.

“Bagaimana lagi saya nak beritahu pengundi di Sepang bahawa saya memang orang Sepang.


FB Rina

“Saya juga ingin maklumkan bahawa ibu saya sendiri dilahirkan di Salak Tinggi dan arwah datuk saya pernah menjadi Imam Masjid Kampung Salak Tinggi,” katanya ketika meninjau mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Orang Ramai Dengkil di sini hari ini.


Katanya, beliau mahu pengundi di Sepang memilihnya pada Sabtu ini supaya beliau dapat berbakti di kampung halaman sendiri.

Rina berkata, jika di Kuala Lumpur (Titiwangsa) lampu terang benderang, namun, di Sepang ini masih ada kampung yang tiada lampu jalan dan masih bergelap.

“Tolong bantu saya untuk saya bantu rakyat di Sepang. Setakat ini, saya diterima baik di Sepang dan harap ia dapat diterjemahkan pada Sabtu ini,” katanya.

Katanya, beliau berada di Sepang sejak bertahun-tahun lamanya dan bukan hanya muncul ketika waktu pilihan raya sahaja.

Ditanya siapa saingan utamanya di Sepang, Rina berkata, Sepang dikatakan kubu kuat Pakatan Harapan (PH) namun, ketika ini sokongan itu sudah beralih kepada PN.

“Alhamdulilhah, jika dahulu ada yang menyesal kerana sokong PH kini akan menyokong pula PN pada 19 November ini,” katanya.


Sumber: UTUSAN





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote eyansss 18-11-2022 02:33 AM
tiberrrr…  siap heret arwah atok ko sekali dalam drama politik ko…
Quote alesandra 18-11-2022 04:08 AM
Dia ni menteri mkn gaji buta.mp pun lagi laaa org bising2 isu kpg baru tu..sepatah haram x amik pot.yg tau pose cantik je bila potong perut.langsung haram xde fungsi
Quote noor2 18-11-2022 04:15 AM
Arwah atok ko dlm kubur pun kalau bangkit balik pun akan tolak hal2 politik ni dlm hidup dia....sanggup heret arwah dato dia sekali dlm hal2 mcm ni....
Quote Zezo 18-11-2022 11:01 AM
Laughing stock je dia ni. Harap2 orang sepang not voting her. Malas nak komen lebih2.
Quote nw111 18-11-2022 11:04 AM
Ni lagi sorang yg aku doakan tersembam nanti..
Quote kucingitam 18-11-2022 11:33 AM
Iman tak dapat diwarisi..atok kau yang jadi imam.. kau pun tak jadi ustajah...
Quote cmf_premierleag 18-11-2022 11:35 AM
dah kurus pun tak laku lagi ke
kesiannnnn
Quote doubleharmonic 18-11-2022 12:44 PM
bukan kampung halaman kau kat kandang babi ke noreeennnn
Quote me12345 18-11-2022 12:45 PM
Kalau org sepang menangkan dia ni...tak tau laaa...
Quote Kitty_catz 18-11-2022 12:48 PM
alahaiii rina rahmat ilahi

moga2 lepas pru ko gems balik sbb dah takde duit nak maintain badan
Quote shernazz 18-11-2022 02:34 PM
Moga ada ultraman boleh menyelamatkan rina
Quote buapakperut 18-11-2022 02:37 PM
Nak titun dulu lah
Quote akies 18-11-2022 04:29 PM
Orang sepang bakal memilih esok
Quote Noraniza_Iblis 18-11-2022 04:54 PM
cmf_premierleag replied at 18-11-2022 11:35 AM
dah kurus pun tak laku lagi ke
kesiannnnn

bkn die dh disambar takoyaki ke
Quote kerunai 18-11-2022 06:06 PM
paling bingai dia nih
Quote sufi^_^ 18-11-2022 06:18 PM
Paling tak ada fungsi.

Bab weight loss pun tak mampu nak bagi contoh teladan baik kat rakyat jelata. Sekurang2 kalau kurus sebab diet & exercise, ada jugak lah inspirasi kat rakyat.
Quote jasmeen 18-11-2022 06:25 PM
karang aku menghina org pulak eeeiiiiihhh
Quote tumpanglalu74 18-11-2022 10:45 PM
EuJvaXCU4AEXrE2.jpg
Quote samperit 18-11-2022 11:16 PM
tumpanglalu74 replied at 18-11-2022 10:45 PM

Bila zoom in, jari jemari masih gemuk ya

Lihat semua komen(77)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 01:29 AM GMT+8 , Processed in 0.139835 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top