CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tu Dia! Lebih Sejuta Kilogram Sampah Dikeluarkan Dari Sungai Klang

17-11-2022 11:00 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1676| Komen: 19

Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) The Ocean Cleanup dengan menggunakan dua jentera pembersihan sungai, Interceptor 002 dan Interceptor 005 telah memulakan proses pembersihan Sungai Klang sejak beberapa tahun lalu.


Dalam terma mudah, dua jentera ini akan ‘bekerja’ dengan mengeluarkan sisa plastik dan sampah sarap daripada memasuki laut.


Twitter The Ocean Cleanup

Menurut laman web Ocean Cleanup, jentera Interceptor tersebut sememangnya direka untuk pengeluaran sampah secara besar-besaran di sungai paling tercemar di dunia.

Dengan kerjasama kerajaan tempatan, menerusi projek Gerbang Maritim Selangor (SMG), inisiatif yang bertujuan untuk memberikan ‘nafas’ baharu bagi Sungai Klang.


Untuk rekod, Interceptor 002 mula digunakan pada 2020 manakala jentera Interceptor 005 sedang diselenggarakan dan fakta menarik tentang jentera kedua ini, ia dibiayai oleh kumpulan muzik terkenal, Coldplay.

Terbaharu, Ocean Cleanup mengumumkan kejayaan mereka di Twitter baru-baru ini bila mana jentera Interceptor 002 telah berjaya mengeluarkan lebih 1,000,000 kilogram sampah daripada Sungai Klang dan memerlukan 942 tong sampah bersaiz industri untuk dibuang.



Menurut data di laman web mereka, sebanyak 1,820,181 kilogram sampah dikeluarkan oleh kedua-dua jentera tersebut dari Sugai Klang dan untuk tempoh sebulan yang lalu hampir 120,000 kilogram sampah berjaya dikeluarkan daripada salah satu daripada 50 sungai yang paling tercemar seluruh dunia tersebut.

Difahamkan, Interceptor 005 sekarang ini tidak digunakan kerana ianya sedang dalam proses penyelengaraan yang bermula pada 7 November lalu. Namun, tidak dinyatakan tempoh penyelerengaraan dan tarikh ianya akan mula beroperasi semula.


Sumber: Lobak Merah





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote eyansss 18-11-2022 01:37 AM
memalukan…  pastu meroyan kenapa banjir makin teruk setiap tahun…
Quote margo20 18-11-2022 06:20 AM
Wahhh ade kerja kosong?
Quote Samerosie 18-11-2022 06:24 AM
eyansss replied at 18-11-2022 01:37 AM
memalukan…  pastu meroyan kenapa banjir makin teruk setiap tahun…

Kan.  Samgat memalukan tapi blame gomen bila banjir padahal segala mala kau buang dlm longkang, sungai bagai.  Asingkan sampah tuk recycle pun tak reti2 lagi.
Quote ninnakarinna 18-11-2022 07:06 AM
Buang sampah elok2 tak nak. Dah banjir salahkan kerajaan longkang tersumbat. Ceh
Quote eyansss 18-11-2022 07:33 AM
Samerosie replied at 18-11-2022 06:24 AM
Kan.  Samgat memalukan tapi blame gomen bila banjir padahal segala mala kau buang dlm longkang, su ...

tukar la beratus kalo gomen sekalipun, tetap takkan settle kalau sendiri buruk perangai...  jangankan asingkan sampah, dispose minyak dah guna pun failed...  selambak ko tuang kat longkang, kat sinki dapur pastu bila tersumbat banjir or loji kena stop operation dia, merempan salahkan gomen lagi...
Quote green~tea 18-11-2022 08:07 AM
Innalillahi wainna ilaihi rojiun

Masih jauh laaa kalo nak compare dgn japan...

Mentaliti pengotor kelas ke 3 rakyat
Quote green~tea 18-11-2022 08:08 AM
eyansss replied at 18-11-2022 07:33 AM
tukar la beratus kalo gomen sekalipun, tetap takkan settle kalau sendiri buruk perangai...  jangan ...

Pemimpin adalah cerminan rakyat
Quote gekkou 18-11-2022 08:22 AM
benda simple je
ko tgk org tu hisap rokok, putung rokok slumber buang macam tu je
mak pak anak makan gula2, plastic wrap tu
gumpal2 campak aje
mentaliti kan
dan org2 ni lah yang meratib salahkan kerajaan mostly
Quote grouper 18-11-2022 08:43 AM
Dah ubah mentaliti bukan boleh dpt dlm masa yg singkat...
Quote kepompong 18-11-2022 08:48 AM
margo20 replied at 18-11-2022 06:20 AM
Wahhh ade kerja kosong?

ni volunteers rasanya. tak bergaji
Quote kepompong 18-11-2022 08:52 AM
grouper replied at 18-11-2022 08:43 AM
Dah ubah mentaliti bukan boleh dpt dlm masa yg singkat...

kat singapore dari i tak pandai ckp, mmg dah educate rakyat kat tv & semua media siapa buang sampah merata2, makan merata2 tu tak sopan

padehal i bukan duk singapore pun…& tak rajin pegi sana…  tempias la sikit2 … kagum.. rerupanya rakyat dia pun walopon negara sendiri rasa malu, bila masuk negara kita hilang rasa malu tu…
so boleh imagine kita nak ubah camne


i nak vote pemimpin yg boleh ubah mentaliti org. maju ke apa bagai malas nak layan dah
Quote Samerosie 18-11-2022 08:55 AM
gekkou replied at 18-11-2022 08:22 AM
benda simple je
ko tgk org tu hisap rokok, putung rokok slumber buang macam tu je
mak pak anak maka ...

Rumah i corner lot jalan tepi rumah i ni akan keluar ke main road, tiap2 hari kerja i kutip sampah kat tepi rumah i ni yg org campak dr lori ke keta ke motor, kotak air tin air plastik jajan/roti bun, even bekas polisterine nasi bungkus tu.  Tukang sapu sampah kadang2 2 minggu sekali baru nampak muka. Itupun kalau jatuh atas rumput dia buat2 tak nampak atas jalan je dia sapu.  Itu belum lagi on the main road.
Quote shamsadis 18-11-2022 08:56 AM
pasang CCTV di setiap laluan sungai dan live, tangkap mereka yang buang sampah di sungai.

5 tahun modal CCTV besar

10 tahun modal separuh

20 tahun rakyat sudah didik takut membuang sampah
Quote Samerosie 18-11-2022 09:04 AM
kepompong replied at 18-11-2022 08:52 AM
kat singapore dari i tak pandai ckp, mmg dah educate rakyat kat tv & semua media siapa buang sampa ...

Keyword dia "fine" aka saman tanpa discount2.  Kat sini dah buat salah boleh lak appeal dari denda rm100 turun ke rm20.  Ada lak hari polis special day kasi 50% off saman, mana la org nak takut tak buat lagi.
Quote kepompong 18-11-2022 09:10 AM
Samerosie replied at 18-11-2022 09:04 AM
Keyword dia "fine" aka saman tanpa discount2.  Kat sini dah buat salah boleh lak appeal dari denda ...

tu belum citer kabel2 anak politician , anak itu anak ini apa bagai. Hancur la malaysia
Quote kepompong 18-11-2022 09:11 AM
Samerosie replied at 18-11-2022 08:55 AM
Rumah i corner lot jalan tepi rumah i ni akan keluar ke main road, tiap2 hari kerja i kutip sampah ...

bless u.
every effort counts … murah rezeki u…
Quote Orangkaya99 18-11-2022 10:42 PM
klang skrg pn dh jd bandar pendatang asing.. pengotor
Quote SayaSayangMama 20-11-2022 02:13 PM
ce datang selayang ke batu caves ke, mmg bandar sampah sarap, mentaliti penduduk tempatan ke org asing xtau la, tp belukar pun penuh menyemak xkan org asing pulak, PBT pun xbuat kerja
Quote boo06 27-11-2024 01:43 PM
D̶̛̯̯̖͒̀͋̈́̈̽̓̋̚͝o̴̞͊̂͌̈̽̒̄͘͘̕͘͠ ̴̛̛̮̮̪͆̉̑̑͋̔̅̾́̊͠y̸̥̯̥̙̥̠̝̰̭͎͚̋͂́o̵̱̯̹̤̯̲͓̎̉̀̑́̀͊̾͌̑̍̕͜͜ͅͅu̷̡̨͙̗̙͕̹͕̗͔̹̘͙͛͆̋̐̌̄̂̊̍̓ͅ ̷̖̼̥͎̦͉́̉̏͂̚͝ẅ̸̨̨̡̨̻̪̼͎̮́̓͛̌̃͂̑̾̐͘ā̶͓̘͕͙̠͖̩̜̀͋͊̂̄͆̏̽̕͝͝n̵̡͇̻͒͂́̃́̍̽̀̋̚ţ̵̟̪͍̼̱͉͇̫̺͕͌̊̃̾͌͆̓̽̍͌̒͝ ̸̣̺̍̓̄̈̋̉̚͝͠m̷̧̨̤̯̻͇̙̭̰̤͕̟̯͓͒̓̎͆͗͒̐̚̚͠è̴̡̛̞͈̩̯͇̠̝̇̏̋̇͂̾̊̚͘͘͝ ̴̡̛͔͓̲̞̣͙͉̆̋̒̑̎̾͋̂t̷̢͉̪̮̻̤̪̩͑̈́͂̐̋̇̓̕ͅȯ̴͚̜̮̫̦͍̊̕͘?̸̧̧͓̗̻̲̘̼̖̼̙̤̟̍͝

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 01:24 AM GMT+8 , Processed in 0.254295 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top