CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fadlan Masih Terbuka Untuk Bercinta Dengan Wanita Beragama Lain

17-11-2022 10:53 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1901| Komen: 5

Sinonim dengan karakter kaki pukul, lelaki dayus, curang dan kuat menengking, Fadlan Hazim Anuwar sebenarnya seorang yang kuat melawak atau ‘loyar buruk’.

“Sebenarnya saya seorang yang ‘loyar buruk’ dan suka bergurau. Mungkin sebab sering bawa watak serius atau romantis, jadi orang tak tahu sisi diri saya yang lain,” katanya kepada HibGlam baru-baru ini.


IG Fadlan

Popular menerusi drama Sayang Tak Kenang, katanya menjadi aktor versatil merupakan matlamat yang dipegang sejak mula bertapak dalam dunia seni.

“Saya sudah beberapa kali terlibat dalam karya komedi dan sepertinya selesa dengan watak lucu.

“Kalau boleh saya tidak mahu tersekat dengan sesetengah karakter sahaja. Jadi pelakon versatil adalah impian saya sebagai seorang anak seni.


“Watak komedi sangat mencabar kemampuan tambahan pula saya bukan seorang pelawak, namun lama-kelamaan saya semakin serasi dengan watak sebegitu,” ujarnya.

Melewati kisah cinta lalunya sebelum ini, impian jejaka berusia 30 tahun itu untuk mendirikan rumah tangga bersama wanita tercinta tidak kesampaian apabila hubungan cintanya putus di tengah jalan.

Dia bagaimanapun tidak sesekali menjadikan pengalaman duka tersebut sebagai batu penghalang untuk menerima cinta daripada mana-mana wanita yang berjaya memikat hatinya.

Anak kelahiran Kuala Lumpur itu juga tidak pernah menutup pintu hati untuk menerima kehadiran ‘orang’ baharu dalam hidupnya.

“Saya tidak trauma cuma saya anggap pengalaman tidak jadi kahwin itu sebagai pengajaran dan akan terus memperbaiki diri menjadi individu lebih baik.

“Semua itu terjadi mungkin disebabkan kekurangan dan kesilapan sendiri.

"Saya terbuka untuk mengenali mana-mana wanita untuk mengisi kekosongan hati ketika ini.

“Setakat ini saya masih lagi solo dan memberi fokus sepenuhnya pada karier,” ungkapnya.


IG Fadlan

Dalam nada tenang, dia juga mengakui sifat ego seseorang lelaki adalah sangat bahaya dan mampu memberi impak kepada sesebuah hubungan.

Pada masa sama, Fadlan masih terbuka untuk bercinta dengan wanita berbangsa atau beragama lain.

“Satu hal yang saya belajar ialah ego ini amat bahaya kerana boleh menghancurkan diri.

“Buat masa sekarang, saya solo dan berkawan dengan semua orang malah terbuka untuk bercinta lagi dengan wanita daripada bangsa lain.

“Namun, sikap terbuka saya masih lagi dalam menjaga batasan,” kongsinya lagi.


Sumber: Kosmo





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 18-11-2022 06:24 AM
Sebelum ni encem.. Tapi kenapa gambar kt atas kepam
Quote lightheaded67 18-11-2022 12:27 PM
masih solo? aik beria bidio tiktok dgn minah apetu rusia ke, putus dh? acah hot
Quote kaedahnya 19-11-2022 07:42 PM
hah dia ni la yang muka macam bodigad dsai tu
Quote purplelilac 19-11-2022 08:03 PM
Solo??? Berani kau cakap mcm ni? Yg kau kkot minah tu balik kazakh tu apo nyo? Siap pon tu tunjuk kau bg cincin masa jmp family kat sana.
Quote kakikuDibibirmu 19-11-2022 08:08 PM
Inilah padahnya kuat merokok

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 12:01 PM GMT+8 , Processed in 0.037461 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top