Kongsi video sarung cincin, perkongsian terbaharu Fatin Afeefa di Instastory itu mengundang tanda tanya ramai tentang status terkininya. Peminat dan pengikut berteka-teki kerana kelibat wanita dalam video seolah-olah majlis pertunangan itu kelihatan seperti Fatin.
Dalam video itu, kelihatan seorang wanita menyarungkan cincin ke jari wanita lain. Bagaimanapun, wajah kedua-dua individu dalam video berkenaan tidak didedahkannya. Menurut laporan mStar, wartawan yang cuba menghubunginya bagi mendapatkan kepastian gagal apabila Fatin menyekat semua panggilan masuk.
Kredit video: IG Sejak kebelakangan ini, nama Fatin dan pelakon Adam Shahz menjadi perhatian ramai apabila mereka sering berkongsi isu perceraian serta tuntutan nafkah anak. Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 21 Disember 2013 dan mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Ivy Herra Sophia yang kini berusia tujuh tahun sebelum bercerai pada Mei 2017. Fatin mendakwa Adam culas dalam menjalankan tanggungjawabnya selepas mereka bercerai, namun Adam menafikan semua tuduhannya. Fatin juga mempunyai anak lelaki, Adam Aisy hasil perkahwinan terdahulu yang dirahsiakan. Sorok-sorok muka pula. - CARI Tekan di sini untuk tebus pelbagai produk menarik menggunakan kredit anda di CARI REWARD DAY! |
eyansss replied at 19-11-2022 12:23 AM
ni ex laki dah meroyan2 cakap anak mengadu patin tido ngan bf… hahaha… betul2 takleh move on eh ...
samperit replied at 19-11-2022 12:30 AM
eh yan ape kaba? tiberh nak komen kat sini jugak
utk x ot, patin ni sape ex laki dia?
eyansss replied at 18-11-2022 04:23 PM
ni ex laki dah meroyan2 cakap anak mengadu patin tido ngan bf… hahaha… betul2 takleh move on eh ...
CurangLagi replied at 19-11-2022 01:35 AM
Haha tp patin tu dulu2 hebat jugak cerita dia dgn laki org tu kannnn.. hahahaha
ADVERTISEMENT