Pelakon, penyanyi dan pengacara popular, Alif Satar merupakan seorang selebriti yang sangat aktif dalam bidang sukan terutamanya larian dan berbasikal. Baru-baru ini, menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna @wahidabaharari di laman TikToknya, Alif menjadi bualan hangat ramai gara-gara penampilannya yang agak mencolok mata ketika mengikuti IRONMAN Malaysia Langkawi 2022. Dalam video itu, penampilan pengacara yang berusia 32 tahun itu yang hanya memakai seluar langging pendek atas lutut tanpa berbaju telah mengundang pelbagai reaksi dan kritikan netizen.
Mana tidaknya, rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut mereka kerana tidak pernah melihat Alif memakai seperti itu sehingga menampakkan auratnya di hadapan khalayak umum. Bukan itu sahaja, netizen turut meminta agar perakam video menjaga aurat dan kasihani kepada Alif yang kelihatan segan memakai pakaian seperti itu. Farhaini Razali - "Cekciiii" Hanif_CH - "Mantappp" sayyid : "jamu mata budak2 pompuan situ yerr" Bambam 4.1kg : "jap nak tanya ada tatu ke atau mata aku yg salah maaf" ErieAmin "Omg iron man.. Penat wey..terbaik alif" Akmal Haziq : "nampak macam Tato kat lengan" ° O l i v e r ° "harap Alif boleh lagi sensitif bab aurat dia" Bagaimanapun, ada segelintir individu yang meluahkan rasa kagum mereka apabila Alif sangat aktif dalam melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti dan bukan hanya tertumpu dalam industri hiburan semata-mata.
|
cicicumel replied at 17-11-2022 09:44 PM
Nmpk bulu pusat. Igtkan heols ala2 insoff gitu. Bleh je pakai baju cover lutut n pusat.
ezacbee replied at 17-11-2022 10:38 PM
Berbuluu aku baca
sikatkutu replied at 17-11-2022 09:59 PM
kenapa ngan lutut pusat. bukan aurat pun sis
refleCtion: Org x kesah sgt pasal pakaian ...
ADVERTISEMENT