“Allah SWT berikan kamu untuk aku belajar mengenal Allah. Allah SWT berikan kamu untuk aku tahu apa itu sabar.” Demikian titipan penuh makna penyanyi popular Datin Alyah sempena ulang tahun kelahiran suaminya, maestro muzik terkenal, Datuk Ramli MS yang ke-64 hari ini.
Kata Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan, Tuhan itu Maha Hebat kerana memberikan pelbagai rasa dalam rumah tangganya bersama Ramli sepanjang sembilan tahun mereka berkahwin. “Allah SWT masih berikan aku bersama kamu untuk ketahui aku juga manusia biasa, bila-bila saja mampu lakukan kekhilafan.
“Allah SWT Maha Hebat diberikan pelbagai rasa dalam rumah tangga ini untuk aku tahu siapa yang terbaik buatku. I sayang you nie (honey),” tulisnya. Ucapan Alyah, 41, menerusi perkongsian dalam Instagram turut disertakan dengan rangkuman beberapa gambar dan video bersama Ramli atau mesra disapa Tok Ram.
|
wirazam replied at 17-11-2022 06:16 PM
Mohon alyah masuk GV next year...nak tgk camana tok ram komen hahaha
rayna_raynes replied at 18-11-2022 12:43 AM
Kesian kdg2 nampak cam dia je terhegeh2 dengan tokram.
Tapi kalau time dia live kdg2 tokram datang m ...
jihyomelly replied at 18-11-2022 03:37 PM
Dia pernah kata tokram x bg.... x gamak kot tokram nak komen & dgr juri lain komrn bini dia
ADVERTISEMENT