CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Azab Mangsa Skim Penipuan Tawaran Pekerjaan- Dipaksa Bawa Tong Air Lima Gelen Naik, Turun Tangga

17-11-2022 04:47 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1891| Komen: 19

Seorang remaja tidak dapat menggambarkan detik ngeri yang dialaminya sepanjang lapan bulan menjadi mangsa skim penipuan tawaran pekerjaan setelah dibawa ke KK Garden, sebuah lokasi terpencil di Myanmar sejak Februari lalu.


Akui Koh Sheng Yur, 19, dia pada mulanya hanya ditawarkan pekerjaan dalam bidang teknologi maklumat di Kelantan dengan bayaran gaji dari RM5,000 hingga RM6,500.

Menurutnya yang berasal dari Pekan di Pahang, skop pekerjaan itu diterima menerusi iklan di laman sosial Facebook (FB) selepas melihat angka gaji yang lumayan.


Foto: Kosmo

“Saya terus menghubungi individu yang tertera pada iklan di FB, juga merupakan orang tempatan. Dia meminta saya datang ke Kelantan. Setibanya saya di sana (Kelantan) saya sekali lagi dibawa seorang individu (ejen) dengan menaiki bot merentasi Sungai Golok ke Thailand.


“Dari Thailand, dalam suasana malam yang gelap gelita, saya dibawa menggunakan laluan tikus dan terus ke sebuah rumah flat dipercayai di KK Garden. Di sana, bukan saya seorang tetapi ada beratus-ratus rakyat Malaysia berusia 18 hingga 35 tahun.

“Saya diarah membuat kerja penipuan atas talian ke atas pelanggan terdiri rakyat Amerika. Saya hanya tidur tiga hingga lima jam sehari, jika terlelap semasa bekerja memang akan kena penampar,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), Bayan Lepas di sini tadi.

Terdahulu, Sheng Yur selamat pulang ke tanah air Ahad lalu dengan usaha ibunya, Madam Loke, 59, bersama Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) yang juga calon Bebas Parlimen Balik Pulau pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Datuk Seri Johny Ch’ng.

Beritahu anak bongsu daripada empat beradik itu lagi, sepenuhnya masanya hanya menangis setiap kali mengenangkan keluarga di Malaysia termasuk memikirkan jalan pulang.

“Mereka meminta RM50,000 sekiranya mahu pulang ke Malaysia. Ketika di sana, saya tidak pernah dibayar gaji seperti mana yang dijanjikan dan belum pernah dapat sasaran atau mangsa sindiket penipuan.

“Disebabkan tidak dapat komisen, saya dipaksa bawa tong isian air yang besar (lima gelen) pusing lima hingga tujuh kali padang berhampiran selain naik dan turun tangga dari tingkat lima sebanyak lima hingga enam kali sehari,” ujarnya sebak. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote iolss 17-11-2022 05:16 PM
xtau nak kata lurus bendul ke apa....... 19yo? what type of experience u have to demand that amount of salary?? hayooo...
Quote esbok 17-11-2022 05:25 PM
yang lain macam mana?
Quote shernazz 17-11-2022 06:28 PM
iolss replied at 17-11-2022 05:16 PM
xtau nak kata lurus bendul ke apa....... 19yo? what type of experience u have to demand that amount  ...

Kemahiran bermain gta dan pubg kots..
Quote nini_azmi 17-11-2022 06:36 PM
Ramai malaysia rupanya nasib yg sama. Budak ni dah selamat. Yg lain tu taknak selamatkan ke

Budak ni sorg yg selamat sbb mak dia buat aduan  ke mcmn?
Quote SiMontel 17-11-2022 06:56 PM
hmmmmmmm....bidang IT kat kelantan gaji 5-6k ? agak agak laa oiiii....
lurus bendul sgt...
dalam dunia ni takde keje mudah gaji tinggi...
bila dah sangkut camni...baru nak nyesal...sebelum pegi patutnya tgk diri sendiri dulu...layak ke tak nak dpt gaji camtu...

manusia manusia....mcm mcm hal
Quote kepompong 17-11-2022 07:00 PM
dia kata ada beratus-ratus rakyat malaysia
Quote amyza 17-11-2022 07:03 PM
Jahat betul si penipu org kelate yg seludup budak remaja bawak masuk thai. Mesti dah lama buat keje ni, ntah berapa ramai lagi yg kena tipu dengan dia.
Quote Skuau 17-11-2022 07:07 PM
sini malezia kita worang myanmar apa suka buat sumer boleh...malezia worang bodoh..
Quote krustykrab 17-11-2022 07:23 PM
SiMontel replied at 17-11-2022 06:56 PM
hmmmmmmm....bidang IT kat kelantan gaji 5-6k ? agak agak laa oiiii....
lurus bendul sgt...
dalam dun ...

Tu lah
Kelate kot
Kat kl penang jb pun struggle budak baru grad nk dpt keje mcm tu
Quote SiMontel 17-11-2022 07:40 PM
krustykrab replied at 17-11-2022 07:23 PM
Tu lah
Kelate kot
Kat kl penang jb pun struggle budak baru grad nk dpt keje mcm tu

itu laa diaaa..... tempat hotspot pun payah nak dpt gaji mcm tu...
jangan kata kelate..semua negeri pun sama laaa..mmg rate lain
itu la bebudak muda zaman skrg, nampak gaji tinggi teruja terus, tak tgk kiri kanan dah
nasib baik laa dpt diselamatkan
Quote Perwira2022 17-11-2022 07:46 PM
Diucapkan padan muka!!!

Budak2 muda zaman sekarang ramai tak sedar diri & tak realistik. Gaji nak besar , kerja nak rileks. Gaya hidup nak mewah & glamer ala-ala retis & orang kaya.

Spesis mereka ini sangat memilih kerja. Kuat complaint. Hambek kau terus jadi hamba abdi.
Quote akusukaq 17-11-2022 07:50 PM
Jadikan pengajaran ...nak senang bukan senang...
Quote Belibis 17-11-2022 08:30 PM
Mudahnya lolos sempadan...parah betul negaraku.
Quote Nenolen 17-11-2022 08:37 PM
Laknatullah buat scammer pemerdagangan manusia itu pakej sekali dgn keluarga mereka...amin.
Quote gideoncross 17-11-2022 08:39 PM
Perwira2022 replied at 17-11-2022 07:46 PM
Diucapkan padan muka!!!

Budak2 muda zaman sekarang ramai tak sedar diri & tak realistik. Gaji nak b ...
Dan zmn skrg bnyk shady websites dgn iklan2 yg sukati2 pkai gmbr org lain utk clickbait, nnti caption "This couple from bla3x gains hundred thousands by staying at home..." lol.
Quote printercomel 19-11-2022 01:06 AM
Bagus la pengalaman. At least tau kan sekarang kamu dilayan sangat baik dalam negara ni siap dapat ic biru hasil dari kontrak sosial.

Quote Mahathirina 19-11-2022 02:09 AM
Kesiannye..
Quote boo06 27-11-2024 01:44 PM
D̶̛̯̯̖͒̀͋̈́̈̽̓̋̚͝o̴̞͊̂͌̈̽̒̄͘͘̕͘͠ ̴̛̛̮̮̪͆̉̑̑͋̔̅̾́̊͠y̸̥̯̥̙̥̠̝̰̭͎͚̋͂́o̵̱̯̹̤̯̲͓̎̉̀̑́̀͊̾͌̑̍̕͜͜ͅͅu̷̡̨͙̗̙͕̹͕̗͔̹̘͙͛͆̋̐̌̄̂̊̍̓ͅ ̷̖̼̥͎̦͉́̉̏͂̚͝ẅ̸̨̨̡̨̻̪̼͎̮́̓͛̌̃͂̑̾̐͘ā̶͓̘͕͙̠͖̩̜̀͋͊̂̄͆̏̽̕͝͝n̵̡͇̻͒͂́̃́̍̽̀̋̚ţ̵̟̪͍̼̱͉͇̫̺͕͌̊̃̾͌͆̓̽̍͌̒͝ ̸̣̺̍̓̄̈̋̉̚͝͠m̷̧̨̤̯̻͇̙̭̰̤͕̟̯͓͒̓̎͆͗͒̐̚̚͠è̴̡̛̞͈̩̯͇̠̝̇̏̋̇͂̾̊̚͘͘͝ ̴̡̛͔͓̲̞̣͙͉̆̋̒̑̎̾͋̂t̷̢͉̪̮̻̤̪̩͑̈́͂̐̋̇̓̕ͅȯ̴͚̜̮̫̦͍̊̕͘?̸̧̧͓̗̻̲̘̼̖̼̙̤̟̍͝

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 01:29 AM GMT+8 , Processed in 0.143227 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top