CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Rumah Bocor, Nak Roboh Dihempap Pokok Kelapa- Reen Rahim Sayu Tengok Rumah Ibu Bapa, Nekad Kumpul Duit Nak Betulkan

17-11-2022 04:43 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2881| Komen: 13

Hati Reen Rahim luluh apabila melihat keadaan rumah ibu bapanya yang bocor dilimpahi air selain pokok kepala di halaman rumah tumbang akibat angin kuat.

Reen atau Noreen Ashikin Abdul Rahim, 34, berkata, dia sudah menyimpan hasrat untuk menaik taraf rumah tersebut namun tidak menyangka kejadian itu menimpa keluarganya.

Foto: IG

"Allahuakbar, hancurnya hati... niat tahun ini memang simpan duit sebab nak renovate rumah Umi sebab paling takut jadi macam ini," katanya.

Reen berkongsi mengenai keadaan rumah ibu bapanya di Instagram pada Khamis.

Menerusi video yang dikongsi, dapat dilihat air menitis memasuki rumahnya di beberapa bahagian seperti ruang tamu dan dapur.



Tidak hanya itu, rumah ibu bapa pelakon berkenaan juga hampir dihempap pokok kelapa yang tumbang akibat angin kuat.

Dalam pada itu, Reen memberitahu kejadian tersebut akan membuatkan dia berazam untuk bekerja lebih keras bagi mengumpul wang membaiki rumah tersebut.



"Sudah tertulis jadi macam ini, mungkin ini buatkan saya lagi nak kerja kuat simpan duit untuk buat rumah Umi elok-elok. Doakan Umi dan abah kuat okay.

"Patut hari ini Reen bawa mereka jalan-jalan tapi confirm balik ni Reen kena 'bersilat' kemas rumah," katanya lagi.



Perkongsian itu mendapat perhatian dan simpati peminat yang mendoakan agar urusan keluarganya tersebut dipermudahkan.

"Allah uji, Allah sayang... semoga Reen sekeluarga tabah menghadapi ujian ini.





"Tidak mengapa Reen. Nanti Allah buka jalan rezeki untuk dapat lebih baik. Allah nak bagi lagi, dia akan bagi ujian lain dulu," antara komen netizen. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 17-11-2022 04:46 PM
ingat dia anak orka..
gaya kemahen..
rupanya marhaen saja ye..
Quote doubleA 17-11-2022 04:53 PM
Marhaen sungguh rumah. Tapi ok la ada kawasan, rumah makpak pencen ok je tua2 dok situ
Quote sleepandream 17-11-2022 05:03 PM
jgnla tanam pokok kelapa / kelapa sawit dekat2 dengan rumah...
bahaya nokssss
Quote iolss 17-11-2022 05:52 PM
semoga dimurahkan rezki ..
Quote gekkou 17-11-2022 06:00 PM
aikk..lifestyle mcm mewah
hujung2 rumah parent bocor pun x mampu betulkan
priority ke laut
Quote lightheaded67 17-11-2022 06:12 PM
so selama ni mmg belanja free jelah gmbo peha cikpap buat modai jantan, ingt kn rajin belanja dptlah mjana pndptan endorsement ke hape ke. hashtag mata ke atas
Quote Katanya 17-11-2022 06:58 PM
Menyampah kalau berlakon ala2 anak orang kaya cantik. Dialog nak mendongakkkkk je wlupun dialog tu boleh je tone biasa2
Quote diamond_intan 17-11-2022 08:25 PM
Patutnya priority kn keluarga dulu baru joli sana sini. Lg berkat
Quote makadek 17-11-2022 08:32 PM
In person dia ni bukanlah mcm korang tgk kt ig, rilex je merempit dgn tunang dia.. Mmg humble gila riuh dn happening ,marhen sgt je. Gaya tk de nk lepak2 dgn kwn retis .. Muka pn togel tak make up..
Quote Amelyn22 17-11-2022 10:22 PM
Dia ni pandai mengaji Al-Quran kan tapi cuma pakaian tu tak seiring…hmm
Quote LadyCarefree 17-11-2022 10:48 PM
gekkou replied at 17-11-2022 05:00 PM
aikk..lifestyle mcm mewah
hujung2 rumah parent bocor pun x mampu betulkan
priority ke laut

iols baru pi tgk IG dia.
baguslah dia selalu belanja mak bapak. Bawa pi holiday. bawa pi umrah. masa pkp dia bagitau kat bapak dia jangan risau, dia ada duit nak tanggung walau makan telor dan ikan bilis.
ada gak dlm gambar tu mcm diorang duduk rumah reres elok, pakai bmw. tp ada juga gambar rumah teres biforti.
Quote LadyCarefree 17-11-2022 10:51 PM
diamond_intan replied at 17-11-2022 07:25 PM
Patutnya priority kn keluarga dulu baru joli sana sini. Lg berkat

cer tgk IG dia. anak yg elok je layan makpak bawa pi holiday, bawa pi umrah. tapi apapun dia dah dewasa. mak bapak bukan tanggungan dia pon. mak dia adalah tanggungjawab bapak dia. kalau dia sebagai anak selalu ingat makpak layan baik belanja apa yg boleh pon dah sgt bagus. anak2 ada kehidupan sendiri.
Quote timah03 17-11-2022 10:55 PM
Confius la... Bukan anak orka ke... Habis dulu masa shoot ketuk2 ramadan tu rumah kemain Mewah... Kata rumah mak ayah dia... Ke script je...

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 12:43 PM GMT+8 , Processed in 0.043325 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top