CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Yusof Haslam Ikut Cadangan Isteri Pilih Erra Fazira Sebab 'Dia Juga Ratu Cantik Ketika Itu'

17-11-2022 04:42 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7577| Komen: 33

Produser dan pengarah yang pernah mendapat jolokan 'Six Million Dollar Man', Datuk Yusof Haslam, berpendapat rupa dan bakat harus seiring untuk mendapat tempat dalam industri perfileman.


Kata Yusof, kedua-dua elemen itu subjektif mengikut interpretasi masing-masing termasuk penonton di kaca televisyen atau layar lebar.

"Bercakap soal bakat dan sebagainya, bagi saya ia subjektif kerana semua manusia pun mahukan yang cantik. Kalau kita buat filem pun contoh filem Hindustan pun semua nak yang cantik tapi tanpa kita mengabaikan bakat.


FB Finas

"Sebagai pelakon dan pengarah, mata kita adalah kamera. Kita akan tengok cara pelakon itu berjalan dan bercakap. Isteri saya sendiri adalah penasihat dan penonton pula mewakili masyarakat. Jika tidak, saya akan menjadi pengarah yang syok sendiri.


"Menghasilkan filem juga 'survival' kerana buat filem bukannya mudah. Buat dua tiga filem bukannya semua berjaya kerana ia bagaikan satu perjudian," katanya.

Mengimbas latarnya, Yusof berkata, dia bermula sebagai pelakon dan pengarah ketika meniti usia belasan tahun.

"Saya juga mengambil Noor Kumalasari untuk berlakon dalam filem pertama kerana terpikat dengannya yang juga seorang model yang cantik pada zaman itu.

"Bagi saya, bakat dan rupa penting untuk pemilihan pelakon. Bila isu ini diperdebatkan, saya ada menghubungi A Aida kerana saya sependapat dengannya kerana kami sama-sama bergelar produser," katanya.

Yusof berkata, dia juga meminta pandangan isterinya yang sentiasa memberikannya motivasi untuk menghasilkan filem. 

"Saya menampilkan Awie dalam filem Pemburu Bayang dan filem itu juga berjaya.

"Manakala, dalam filem Sembilu pula, pilihan pertama saya adalah Aktres Sofia Jane tetapi dia menolak tawaran terbabit kerana mahukan watak lebih mencabar. Justeru, saya mengikut cadangan isteri untuk mengambil Erra Fazira kerana dia juga Ratu Cantik ketika itu.

"Selain Awie dan Erra Fazira, saya juga mengambil Ziana Zain untuk berlakon dalam filem terbitan saya kerana dia juga berbakat," katanya.


FB Finas

Namun, kata Yusof, bukan satu jaminan dengan mengambil artis popular dan cantik, filem akan mendapat sambutan kerana ada juga filem yang gagal.

"Ada juga pelakon yang memiliki personaliti yang kurang tapi ada daya penarik seperti Seniwati Azean Irdawaty dan Allahyarham Nordin Ahmad yang tidak sekacak manapun.

"Justeru, saya menafikan pelakon yang kurang dari segi rupa tiada peluang dalam industri kerana pembahagian watak mengikut kesesuaian dan masing-masing ada peranan dalam menaikkan industri seni," katanya.

Yusof tampil dalam forum Antara Cantik dan Bakat? Di Manakah Magis Pengukuh Kredibiliti? yang berlangsung di Dewan Perdana, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSKK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor baru-baru ini.


Sumber: Gempak





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sleepandream 17-11-2022 05:07 PM
patutnya jadi CEO Awesome TV pun kene ada rupa....
mcmmana nak jaga PR nak bersosial cari pelabur utk syarikat kalau muka hausss...
hilang mood orang nak berbisnes nanti
Quote nakkomenjugak 17-11-2022 07:46 PM
Kalau acik NA dipilih sebab apa tok selam?




Ehh hello! Arwah Nordin Ahmad tu lebih macho dari tok danish yachhh! Awasssss!
Quote sukacactus 17-11-2022 08:10 PM
Wife dia ke yg nak erra, bkn awie ke yg cadangkan
Quote Belibis 17-11-2022 08:23 PM
Ya la tok..kalau cik b jadi heroin,takkna meletop filem sembilu.
Quote Nurul8001 17-11-2022 08:57 PM
Nordin Ahmad, hensem ok. Mentang2 rupa Melayu Pior, takde mix2, terus dicop tak kacak.
Quote putericahaya999 17-11-2022 10:09 PM
Berani cakap nordin ahmad x hensemmmmm sukati je

Nordin ahmad jebat paling jebat
Quote gideoncross 18-11-2022 12:43 PM
nakkomenjugak replied at 17-11-2022 07:46 PM
Kalau acik NA dipilih sebab apa tok selam?

Arwah Nordin Ahmad tu mmg asli Mlayu uol, mntap gitu.
Quote gideoncross 18-11-2022 12:47 PM
Nurul8001 replied at 17-11-2022 08:57 PM
Nordin Ahmad, hensem ok. Mentang2 rupa Melayu Pior, takde mix2, terus dicop tak kacak.

Sbb zmn skrg ni klau x jambu mcm male Kpop idols, trus kna cap x hnsem sdgkn llaki pure Malay tu lh yg hensem in their own way. Klau bgi iol plak, Faizal Rozi yg YT-ber paranormal tu hensem llaki Mlayu asli.
Quote mohdcrow 18-11-2022 12:48 PM
untung org hensem/lawa ni...masuk dulu baru belajar sampai terror berlakon

amirul efendi kena terror dulu baru boleh masuk kalau tak sampai mampus la di luar
Quote gideoncross 18-11-2022 12:48 PM
putericahaya999 replied at 17-11-2022 10:09 PM
Berani cakap nordin ahmad x hensemmmmm sukati je

Nordin ahmad jebat paling jebat

Muka llaki Mlayu asli arwah Nordin Ahmad hoho, hnsem smula jadi, c mcm llaki2 zmn skrg brebut nak pkai makeup & jdi jambu.
Quote bedahmenjuyah 18-11-2022 12:52 PM
nakkomenjugak replied at 17-11-2022 07:46 PM
Kalau acik NA dipilih sebab apa tok selam?



Baru nak komen benda yg sama. Ops....
Iols agree dgn chuols 100%. Nordin ahmad mmg fit as hero yg macho dan berkarisma
Quote che-cikL 18-11-2022 01:01 PM
Sama, iols sokong komen kat atas2 pasal tak setuju kenyataan Tok Usop pasal Nordin Ahmad. Mana boleh Nordin Ahmad tak kacak, tolong lah tok... Kalau tgk lagi hensem drp Syamsul tu... Dah lah tak hensem, bakat pun kurang. Mujur ada creativity dan advantage duit Tok Usop boleh letup2 kereta mahal. Elok lagi Syafik yg sedar diri lebih baik duk belakang tabir saja.
Quote shida81 18-11-2022 01:05 PM
Ak je ke rase erra n ziana tu kayu
Quote Mulotkoyak 18-11-2022 01:36 PM
Nordin Ahmad hensem kot muka maskulin lelaki asia kot dr arwah PRamli dlu tuh.
Quote Nenolen 18-11-2022 02:48 PM
TokSop Selam…Nordin Ahmad tu hensem lelaki melayu sejati okayyyy…kalu banding dgn TokSop yg perasan hensem…byk lagi Nordin Ahmad jadik hero okayyy…nak bagi contoh tu sila lah berpada-pada…
Quote doubleA 19-11-2022 05:26 AM
Choy iols nak komen semata2 nak cakap nordin ahmad hensem ok. Kalau kurang rupa bagi la contoh amirul affendy ke along cham ke apa ke nordin ahmad pulak
Quote nurkasih74 19-11-2022 06:14 AM
Dia bg contoh Nordin Ahmad gaknya sbb org tu dah takde.. takleh nak defend himself.. apekejadahnya bg cth pelakon pujaan hati hamba… tuai padi antara masak….esok jgn layu-layuan….
Quote jargon 19-11-2022 12:20 PM
gideoncross replied at 18-11-2022 12:43 PM
Arwah Nordin Ahmad tu mmg asli Mlayu uol, mntap gitu.

Nordin ahmad pelakon lama tu hnsem ok..klau skrg eman manan iols pon masih brselera klau eman manan ambil i jd pmpuan simpanan make sure eman tu kaya la mcm tgku zafrul..
Quote fadz84 19-11-2022 12:37 PM
gideoncross replied at 18-11-2022 12:47 PM
Sbb zmn skrg ni klau x jambu mcm male Kpop idols, trus kna cap x hnsem sdgkn llaki pure Malay tu l ...

Wah Faizal Rozi.. dgn suara macho kan.. tp berani betul dia merayau pagi2 buta sorg2 kat tmpt2 angker kan.. sure ada pendinding tu..

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 02:57 PM GMT+8 , Processed in 0.117614 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top