Luna Maya sememangnya terkenal sebagai orang yang sangat memilih dalam mencari pasangan hidup. Diseabkan itu juga pelakon berkenaan memaklumkan dirinya lebih selesa bersendirian meskipun usianya mencecah 39 tahun.
Memetik laporan Liputan6, Luna mendedahkan bahawa dia pernah dilamar seorang lelaki kaya. Bagaimanapun, dia terpaksa menolak lamaran lelaki tersebut kerana sudah beristeri. "Ada lelaki cuba rapat dengan saya, malah saya pernah dilamar olehnya. Saya tak nak sebut namanya. "Dia kaya, kacak tapi sayang sudah ada isteri," katanya.
Dalam pada itu, Luna memberitahu dia tidak peduli dengan pandangan orang ramai berhubung dia masih single meskipun usia bakal mencecah 40 tahun. "Bukan menolak tapi yang penting perkahwinan itu tidak membebankan diri," katanya lagi. Sumber: mStar |
Nizleen86 replied at 17-11-2022 09:50 PM
Laki incess syahrani ke yg dia maksudkan? Kalau yang tu bukan dia yang tolak lamaran. Parents laki t ...
kaedahnya replied at 18-11-2022 11:39 PM
cakap la apa pun. laki laki ni pemaaf kepada pompuan cantik.
ADVERTISEMENT