CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Salamiah Hassan Belum Buat Keputusan Nak Tinggal Terus Di Australia Atau Balik Malaysia

17-11-2022 04:11 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4275| Komen: 17

"Saya cintakan awak, jumpa tak lama lagi."

Itu ungkapan terakhir suami Salamiah Hassan, 71, iaitu Allahyarham Gerald Hughes atau Gerry, 68, kepada penyanyi veteran itu melalui panggilan telefon sebelum menghembuskan nafas terakhir beberapa jam kemudian.


Allahyarham Gerry meninggal dunia akibat kanser kolon di Burnie, Tasmania, Australia, pada 4 November lalu, ketika Salamiah berada di Malaysia untuk menjayakan persembahan pada sebuah acara.

Foto: IG

Anak Salamiah, penyanyi Atilia Haron yang ketika ini menemani ibunya di Burnie berkata, Salamiah sering teringatkan Allahyarham berikutan tidak berada di sisinya ketika menghembuskan nafas terakhir.


"Biarpun mama dan arwah hanya sempat dua bulan mendirikan rumah tangga, namun mereka adalah 'loving couple' (pasangan penyayang).

"Sudah tentu mama sangat sedih. Apatah lagi, malam sebelum pemergiannya, mereka berbual seperti biasa. Arwah sempat mengungkap kata 'saya cintakan awak, jumpa tak lama lagi.' Namun, siapa sangka, itulah ayat terakhir arwah sebelum pergi buat selama-lamanya.

"Namun, mama reda jodohnya ditakdirkan hanya dua bulan. Sekarang, mama tidak menangis lagi, malah semakin tenang. Alhamdulillah," katanya.





Nyata, pemergian mengejut Gerry yang berasal dari Liverpool, United Kingdom (UK) itu membenam kesedihan mendalam buat Salamiah yang cukup popular dengan lagu Gelombang dan Menghitung Hari itu.

Apatah lagi, mereka baru dua bulan mengecap nikmat alam rumah tangga.

Menambah kedukaan hati, perginya Gerry tanpa pesan, meninggalkan Salamiah buat selama-lamanya ketika tiada di sisi.



Difahamkan, Salamiah bergegas pulang ke Burnie sejurus mendapat berita pemergian Gerry pada 4 November lalu.

Sehingga kini, Salamiah belum memberikan kenyataan selepas pemergian suaminya.

Namun, Salamiah memuat naik dua foto menerusi Instagram Story, selepas 10 hari pemergian arwah, baru-baru ini.

Salah satu foto menunjukkan Salamiah berada di tepi pusara Gerry manakala gambar lain memaparkan pusara Allahyarham dihiasi dengan bunga.

Melalui keterangan gambar dimuat naik, Salamiah meluahkan kerinduan terhadap arwah.



"Saya rindu awak," tulisnya ringkas.

Atilia berkongsi, ibunya sempat melihat arwah suami buat kali terakhir sebelum disemadikan.

"Mama pulang sejurus mendapat berita pemergian arwah. Ahli keluarga menunggu ketibaan mama sebelum mengebumikan arwah tempoh hari.

"Paling bersyukur, jenazah arwah dapat disempurnakan sebagai saudara Islam. Alhamdulillah," katanya.

Atilia tiba di Burnie, Sabtu lalu bagi menemani ibunya selama seminggu. Atilia bersyukur melihat ibunya kuat berdepan ujian pemergian insan dicintai.



"Saya gembira dapat menemani mama, biarpun tidak lama. Mama adalah sahabat baik saya, mana mungkin saya membiarkannya mengharungi saat sukar.

"Saya akan pulang ke Malaysia, Ahad ini. Bagaimanapun, saya pulang seorang. Mama belum buat keputusan, sama ada menetap di Burnie atau pulang ke Malaysia.

"Mama masih buat pertimbangan. Mama suka dan tenang tinggal di kediaman peninggalan arwah, tetapi tengoklah keadaan pada masa akan datang.



"Mama menziarahi pusara arwah, setiap hari. Mama tidak putus-putus berdoa untuk arwah. Mungkin mama mahu menghabiskan banyak masa untuk berada di sisi arwah, sebelum membuat keputusan," katanya.

Selepas 35 tahun hidup solo, Salamiah menikahi Hughes pada majlis ringkas di Burnie pada 1 September lalu.



Berkenalan dengan arwah yang juga duda dan memiliki tiga cahaya mata sejak 15 tahun lalu.

Hubungan mula rapat sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apabila mereka kerap berhubung dalam talian, sebelum Allahyarham melamar Salamiah, Julai lalu. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote seri_mawr 17-11-2022 04:17 PM
makcik ni dah tua pun lawa....

takziah buat suami makcik...semoga pengakhiran kita semua baik2 belaka...
Quote missyL 17-11-2022 04:41 PM
Sedih plk
Baru je nk merasa tua bersama2
Dah pg dulu
Sekejap saje dpt bersama
Semoga acik salamiah teros kuat
Quote nazzse 17-11-2022 04:45 PM
Ni baru aging gracefully. Tak nampak umur 71 pun.
Makcik ni bakalan kena kutuk tak jaga edah
Quote GegarVaganja 17-11-2022 05:51 PM
Stay je kat Aussie dengan Sajat nek miah.
Quote fefeeling 17-11-2022 06:44 PM
seri_mawr replied at 17-11-2022 04:17 PM
makcik ni dah tua pun lawa....

takziah buat suami makcik...semoga pengakhiran kita semua baik2 bela ...

Nampak muka bersih ceria jenis tak campur hal org agaknya.. jadi hati yg tenang terpancar kt muka gitu..
Quote dejure 17-11-2022 07:01 PM
Kalau aku dah umur2 mcm nek miah ni better ddk dekat dgn anak cucu ajelahh..bayangkanlah klu kau sakit esok mcm mana.nak la keluarga laki dia tu jaga si nek miah ni
Quote seri_mawr 21-11-2022 09:40 AM
fefeeling replied at 17-11-2022 06:44 PM
Nampak muka bersih ceria jenis tak campur hal org agaknya.. jadi hati yg tenang terpancar kt muka  ...

betul jugak tu...

klu yang sibuk dia tak tutup kepala tu...itu antara dia dgn Allah...

apa pun macik mmg lawa walaupun dah 70 lebih...apa rahsia makcik....
Quote marchikobonzo 21-11-2022 11:35 AM
Sedihnya, berpuluh tahun hidup single, dia bukak hati nak kawin lain, baru bahagia 2 bulan dah pulang ke rahmatulllah..
Quote kuchenta_81 21-11-2022 11:42 AM
Dia ni rapat dengan kakak arwah suaminya. before kawen mmg bff dah lama so tak canggung sangat kalau dia nak stay sana lama2. dah biasa ke sana sebelum kawen lagi.
Quote bintangct 21-11-2022 12:04 PM
seri_mawr replied at 21-11-2022 09:40 AM
betul jugak tu...

klu yang sibuk dia tak tutup kepala tu...itu antara dia dgn Allah...

aku tgk mak² yg non muslim pun aging gracefully..
mak si marion 70+
mak si vince af 70+

rutin skincare diaorg mesti mahal² kot hehe
Quote cmf_PariS 21-11-2022 03:23 PM
skrg kan waktu edah.. kerap beno kuar acik.. dosa tau...
Quote wirazam 22-11-2022 06:37 AM
Fazilahanif tu anak dia ke?
Quote TerataiMelur02 22-11-2022 06:43 AM
nazzse replied at 17-11-2022 04:45 PM
Ni baru aging gracefully. Tak nampak umur 71 pun.
Makcik ni bakalan kena kutuk tak jaga edah

Semoga kita nanti begini jugak.
Pandai bergaya pulak tu
Quote KikiHadid 22-11-2022 10:07 AM
Aunty miah maintain lawa..anknya aunty miah pun x selawa mamanya arwah suami bru convert kn..dh dijemput pulang
Quote Prickford 22-11-2022 10:11 AM
Iolls ingat kan sheolls after kawin, settle down duduk sana terus, retired just melalui hari2 tua dgn pasangan baru sheolls. Tak sangka pulak masih ulang alik balik Malaysia sebab ada undangan nyanyian. Lagi tak sangka, time balik Malaysia, laki sheolls plak meninggal dekat Australia sana.
Quote kessah 22-11-2022 10:22 AM
kuchenta_81 replied at 21-11-2022 11:42 AM
Dia ni rapat dengan kakak arwah suaminya. before kawen mmg bff dah lama so tak canggung sangat kalau ...

semoga dia happy2 kat sana ...
Quote Sonneblume 22-11-2022 03:52 PM
Cantik nenek ni..badan pun lawa tegap lagi. Kesian masihb asa honeymoon laki dah meninggal..

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-10-2024 11:32 PM GMT+8 , Processed in 0.121484 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top