Seorang ibu hiba kehilangan bayinya baru berusia 3 bulan. Menerusi perkongsiannya di media sosial, Allahyarham Afia Aisyah dikatakan telah dihantar ke rumah pengasuh pada 1 November 2022.
Difahamkan itu merupakan hari pertama dia dijaga pengasuh. Dihantar dalam keadaan sihat namun sekitar jam 5 petang iaitu pada hari yang sama, adik Afia Aisyah dikatakan berada dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia. "Damailah kamu di sana, carilah kakakmu di syurga. Ceritalah kepada kakakmu mama menyayangi kamu berdua dan ceritalah perjalanan hidup kamu dengan mama kepada kakakmu. Berpimpingan lah tangan kamu dengan kakakmu di taman syurga."
Di Facebook, ibu Fizah Mohd meluahkan rasa sedih dengan kejadian yang menimpa anaknya itu namun reda dengan ketentuan Ilahi. Loading FB Post... "1hb November adalah hari terakhir mama dengan kamu. Sungguh indah senyumanmu disaat itu, sangat berseri dan manis. Itulah senyuman paling membahagiakan dan terakhir kamu. Tanpa sakit dia dijemput Ilahi dibawah jagaan pengasuh pada hari pertama." "Dikejutkan kamu tidak sedarkan dan bergegas pulang dan menyuruh pengasuh menelefon 999. Saat itu, hanya Allah mampu mengetahui perasaan mama dan saat itu, mama terpaksa berlakon kuat di hadapan semua orang. Namun rebah bila kamu dibawa ke hospital." -CARI
|
fefeeling replied at 17-11-2022 05:30 PM
Zaman aku duduk umah pengasuh takde pun dgr cite2 gini.. yelah zaman aku dulu, mak bapak hantar kt p ...
fefeeling: Zaman aku duduk umah pengasuh ...
Adrif replied at 17-11-2022 07:08 PM
banyak kes sebenarnya zaman dulu pun. sangat lah banyak.takat makan penampar, kena cubit, bagi uba ...
fefeeling: Zaman aku duduk umah pengasuh ...
Cassieopeia replied at 17-11-2022 04:02 PM
kesiannya.. hrp tabahla mak dia. mcm cousin aku 7 hr hantar anak ke pengasuh meninggal. sbb kematian ...
ADVERTISEMENT