CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kesan Sampingan Teruk Akibat Vaksin Covid-19, KJ & DG Hisham Disaman

17-11-2022 03:37 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2787| Komen: 23

Sekumpulan rakyat Malaysia memfailkan saman terhadap kerajaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) khususnya menteri yang bertanggungjawab ke atas program vaksinasi negara, Khairy Jamaluddin Abu Bakar selepas mendakwa menjadi mangsa kepada kesan sampingan akibat vaksin COVID-19.


Kumpulan seramai 44 orang mangsa itu yang diwakili firma guaman Shahrin Satheer Kamal & Co turut memfailkan saman terhadap Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dan tiga pengeluar vaksin COVID-19 iaitu Pfizer, Astrazeneca dan Pharmaniaga.



Peguam firma guaman Shahrin Satheer Kamal & Co, Muhammad Shahrin Satheer berkata, kumpulan tersebut mendakwa KKM memberi satu deklarasi tidak sah dan merupakan suatu persetujuan yang dipaksa oleh pihak defendan untuk mengelakkan mereka diambil tindakan akibat daripada kesan sampingan teruk akibat suntikan vaksin COVID-19.


"Selain itu, mereka turut menuntut defendan bertanggungjawab atas kesan suntikan vaksin COVID-19 terhadap plaintif telah memberikan kesan sampingan teruk termasuk menyebabkan kematian, kehilangan upaya kekal dan komplikasi-komplikasi lain yang mengakibatkan kerugian.

"Anak guam kami menuntut ganti rugi am dan ganti rugi khas yang perlu dibayar defendan kepada plaintif akibat daripada kesan sampingan teruk suntikan COVID-19 yang telah menyebabkan kematian, kehilangan upaya kekal dan komplikasi-komplikasi lain yang mengakibatkan kerugian dan kehilangan nyawa yang ditanggung plaintif-plaintif," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, ketiadaan bukti vaksin yang pernah diuji secara klinikal sebelum digunakan terhadap pengguna juga menjadi antara asas tuntutan saman tersebut.

"Mereka menuntut agar semua vaksin yang digunakan selepas ini perlu menjalani ujian klinikal dalam keadaan mana laporan klinikal penuh terhadap keberkesanan suntikan COVID-19 mengekang transmisi penyebaran wabak COVID-19 perlu dikeluarkan oleh defendan.

"Plaintif juga menuntut sebuah injunksi interim untuk menghalang defendan daripada memberikan secara meluas vaksin COVID-19 kepada rakyat Malaysia yang lain sehingga kajian klinikal dilakukan dan laporan lengkap disediakan," ujarnya.


Sumber: Gempak





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Belibis 17-11-2022 03:42 PM
Semoga berjaya...
Quote babelina 17-11-2022 03:47 PM
apoooooooo..
Quote atira 17-11-2022 03:53 PM
weols baru lepas ambil 2nd booster.
seperti biasa takde apa2 efek
Quote HabukBesi 17-11-2022 04:11 PM
wuuuuuuuu
Quote grouper 17-11-2022 04:13 PM
Kesian sape yg nasib x baik kena kesan buruk vaksin ni...semoga urusan mereka dipermudahkan
Quote venom1 17-11-2022 04:17 PM
kenapa tak saman sekali pengeluar vaksin tu? sebab diaorang la semua manusia kat dunia ni kena vaksin?
Quote AbukRokok 17-11-2022 04:21 PM
akhirnya  Shahrin Satheer Kamal & Co
nak harap ricolaw dan norashikin dulu sembang nak class suit action??? cheh sembang kencang rupanya
antivaksin pun bukan semua suci kaki sembang pun ramai hihihihi
Quote AbukRokok 17-11-2022 04:25 PM
venom1 replied at 17-11-2022 04:17 PM
kenapa tak saman sekali pengeluar vaksin tu? sebab diaorang la semua manusia kat dunia ni kena vaksi ...

xboleh saman  nak saman siapa sbb ada perjanjian rahsia gov dengan pengeluar

Quote tom2 17-11-2022 06:28 PM
Semoga menang saman. Masukkan artikel nak susahkan antivaksin ni
Quote green~tea 17-11-2022 06:29 PM
venom1 replied at 17-11-2022 04:17 PM
kenapa tak saman sekali pengeluar vaksin tu? sebab diaorang la semua manusia kat dunia ni kena vaksi ...

Ini lah yabg sepatot nye
Quote stingergrumpy 17-11-2022 06:31 PM
@dwdrums tersenyum sinis....the past two yrs bonus gumuks...vaksin surpassed target sales....
Quote abangbikerz 17-11-2022 06:39 PM
Bodoh, baik saman tuhan je terus kan????
Quote .HannahMontana. 17-11-2022 08:13 PM
yang dah mati pun ada

mati katak
Quote alesandra 17-11-2022 08:47 PM
venom1 replied at 17-11-2022 04:17 PM
kenapa tak saman sekali pengeluar vaksin tu? sebab diaorang la semua manusia kat dunia ni kena vaksi ...

aiyoooo..bacalah artikel jgn baca tajuk je
Quote nurshima 17-11-2022 09:02 PM
Saman government dan kementerian lah baru logik sikit,  2 org makhluk ni menjalankan tugas bagi pihak.
Quote CiliPadiSedap 17-11-2022 09:04 PM
AbukRokok replied at 17-11-2022 04:21 PM
akhirnya  Shahrin Satheer Kamal & Co
nak harap ricolaw dan norashikin dulu sembang nak class suit ac ...

dalam group tele ke?
Quote CiliPadiSedap 17-11-2022 09:06 PM
venom1 replied at 17-11-2022 04:17 PM
kenapa tak saman sekali pengeluar vaksin tu? sebab diaorang la semua manusia kat dunia ni kena vaksi ...

kan ada aggrement gov mana2 negara  xboleh dedahkan kepada public setahu kaka. antara yg kaka faham no country boleh sue back tengok borang masa nak cucuk pun boleh faham sendiri.


borang tu risk at ur own yang ada kotak2 tu. bagi kaka tu rela paksa. dengan borang tu je xboleh saman yang suruh vaksin.
Quote tripleid 17-11-2022 09:48 PM
Tu yg pelik bila ramai yg puja si kj ni..apa je jasa dia??

kalaupun Msia ni dah takde covid bukan sbb jasa dia pun tapi jasa pencipta vaksin iaitu pfizer,sinovac etc..so klau nak bterima kasih,please thank pfizer not him..

stakat suruh rakyat cuxuk vaksin Adham Baba air suam pun boleh buat ler
Quote Nurdianah 17-11-2022 10:40 PM
Edited by Nurdianah at 17-11-2022 10:42 PM

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 12:54 AM GMT+8 , Processed in 0.137538 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top