CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mekanik Putus Kaki Kiri Akibat Jalan Berlubang Di Kelantan Dapat Pampasan RM652,000

17-11-2022 03:23 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 749| Komen: 1

KOTA BHARU – Seorang mekanik menerima pampasan sebanyak RM652,000 selepas menang kes saman apabila kaki kirinya putus akibat terjatuh ke dalam lubang dilimpahi air semasa menunggang motosikal di Kilometer 53, Jalan Kota Bharu – Kuala Krai dekat Machang kira-kira dua tahun lalu.


Keputusan itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Mohd. Zul Zakiqudin Zulkifli di sini semalam selepas mendapati bukti yang dikemukakan oleh pihak Tengku Muhamad Khazi Hakimi Ku Hussin, 34, selaku plaintif bahawa kemalangan berlaku akibat lubang jalan yang dilimpahi air.

Menurutnya, kemalangan itu berpunca daripada kecuaian Roadcare Malaysia Sdn. Bhd. (Roadcare) sebagai kontraktor penyelenggara jalan kepada kerajaan yang merupakan defendan dalam kes tersebut.

Peguam yang mewakili plaintif, Wahab Che Kob berkata, pada peringkat awal perbicaraan, Roadcare menafikan dan menyangkal kewujudan lubang tersebut pada jalan raya berkenaan.



Foto: Kosmo

“Bagaimanapun, mahkamah menyatakan berdasarkan bukti-bukti dan keterangan di pihak plaintif, kemalangan berlaku disebabkan lubang yang dilimpahi air akibat kecuaian Roadcare sebagai kontraktor penyelenggara jalan kepada kerajaan.

“Kejadian itu menimpa mangsa dalam kejadian pada 1 Disember 2019 di Kilometer 53, Jalan Kota Bharu – Kuala Krai di Machang. Nahas itu mengakibatkan mangsa mengalami cacat kekal apabila kehilangan kaki kirinya,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Tengku Muhamad Khazi Hakimi memfailkan saman melalui Tetuan Kamarudin Wee & Co. dengan menamakan Roadcare dan kerajaan sebagai defendan yang diwakili peguam S. Siva Shanker dan Asmah Che Wan. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote boo06 27-11-2024 01:45 PM
D̶̛̯̯̖͒̀͋̈́̈̽̓̋̚͝o̴̞͊̂͌̈̽̒̄͘͘̕͘͠ ̴̛̛̮̮̪͆̉̑̑͋̔̅̾́̊͠y̸̥̯̥̙̥̠̝̰̭͎͚̋͂́o̵̱̯̹̤̯̲͓̎̉̀̑́̀͊̾͌̑̍̕͜͜ͅͅu̷̡̨͙̗̙͕̹͕̗͔̹̘͙͛͆̋̐̌̄̂̊̍̓ͅ ̷̖̼̥͎̦͉́̉̏͂̚͝ẅ̸̨̨̡̨̻̪̼͎̮́̓͛̌̃͂̑̾̐͘ā̶͓̘͕͙̠͖̩̜̀͋͊̂̄͆̏̽̕͝͝n̵̡͇̻͒͂́̃́̍̽̀̋̚ţ̵̟̪͍̼̱͉͇̫̺͕͌̊̃̾͌͆̓̽̍͌̒͝ ̸̣̺̍̓̄̈̋̉̚͝͠m̷̧̨̤̯̻͇̙̭̰̤͕̟̯͓͒̓̎͆͗͒̐̚̚͠è̴̡̛̞͈̩̯͇̠̝̇̏̋̇͂̾̊̚͘͘͝ ̴̡̛͔͓̲̞̣͙͉̆̋̒̑̎̾͋̂t̷̢͉̪̮̻̤̪̩͑̈́͂̐̋̇̓̕ͅȯ̴͚̜̮̫̦͍̊̕͘?̸̧̧͓̗̻̲̘̼̖̼̙̤̟̍͝

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 01:16 AM GMT+8 , Processed in 0.278808 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top