CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lepas 80 Tahun Baru Veteran Perang Perasan Ada Peluru Bersarang Dalam Leher

17-11-2022 03:18 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 496| Komen: 1

Beijing: Seorang veteran perang China berusia 95 tahun baru-baru ini mendapati dia hidup selama hampir lapan dekad dengan peluru 'bersarang' di lehernya.

Portal oddity Central melaporkan, dia hanya menyedari peluru itu selepas terjatuh dari balkoni rumahnya di Shandong, China.

Lelaki itu, Zhao He tidak berasa sakit, tetapi selepas beberapa ketika, veteran Perang Dunia ke-2 itu mula mengalami sedikit ketidakselesaan di lehernya jadi anaknya memutuskan untuk membawanya ke hospital untuk pemeriksaan.

Selepas mendengar mengenai dia jatuh balkoni, doktor mengesyorkan imbasan sinar X untuk memastikan dia tidak mengalami kerosakan serius pada lehernya.


Foto: oddity Central


Hanya daripada patah tulang, imbasan sinar X mendedahkan objek asing di leher lelaki itu yang kemudiannya dikenal pasti sebagai peluru lama.

Lelaki berusia 95 tahun itu berkata, dia menyertai tentera China ketika remaja dan berjuang melalui dua peperangan, menentang penceroboh Jepun semasa Perang Dunia 2 (1931-1945) dan di pihak Korea Utara semasa Perang Korea (1950-1953).

Dia mengalami beberapa kecederaan semasa berada dalam tentera, tetapi dia tidak ingat apa-apa mengenai tembakan di leher.

"Dia cedera ketika membawa rakan seperjuangan yang cedera menyeberangi sungai ketika salah satu pertempuran.

"Terdapat serpihan di bahagian lain badannya juga," kata menantu lelaki itu, Wang.

Zhao sendiri menganggarkan peluru itu berada di lehernya sejak 1944, apabila dia terkena peluru ketika menyeberangi sungai.

Peluru itu didakwa masuk melalui bahagian kiri hidung, menembusi rahang atas sebelum bersarang di lehernya.

Selepas pemeriksaan imbasan sinar X, doktor memberitahu Zhao He dan keluarganya, peluru itu berada berhampiran dengan beberapa saluran darah utama dan memandangkan ia tidak menyebabkan sebarang masalah kepadanya, adalah lebih baik untuk membiarkannya.

"Saya bersetuju dan sihat selama ini jadi tiada sebab untuk mengubah keadaan sekarang," kata Zhao. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote boo06 27-11-2024 01:45 PM
D̶̛̯̯̖͒̀͋̈́̈̽̓̋̚͝o̴̞͊̂͌̈̽̒̄͘͘̕͘͠ ̴̛̛̮̮̪͆̉̑̑͋̔̅̾́̊͠y̸̥̯̥̙̥̠̝̰̭͎͚̋͂́o̵̱̯̹̤̯̲͓̎̉̀̑́̀͊̾͌̑̍̕͜͜ͅͅu̷̡̨͙̗̙͕̹͕̗͔̹̘͙͛͆̋̐̌̄̂̊̍̓ͅ ̷̖̼̥͎̦͉́̉̏͂̚͝ẅ̸̨̨̡̨̻̪̼͎̮́̓͛̌̃͂̑̾̐͘ā̶͓̘͕͙̠͖̩̜̀͋͊̂̄͆̏̽̕͝͝n̵̡͇̻͒͂́̃́̍̽̀̋̚ţ̵̟̪͍̼̱͉͇̫̺͕͌̊̃̾͌͆̓̽̍͌̒͝ ̸̣̺̍̓̄̈̋̉̚͝͠m̷̧̨̤̯̻͇̙̭̰̤͕̟̯͓͒̓̎͆͗͒̐̚̚͠è̴̡̛̞͈̩̯͇̠̝̇̏̋̇͂̾̊̚͘͘͝ ̴̡̛͔͓̲̞̣͙͉̆̋̒̑̎̾͋̂t̷̢͉̪̮̻̤̪̩͑̈́͂̐̋̇̓̕ͅȯ̴͚̜̮̫̦͍̊̕͘?̸̧̧͓̗̻̲̘̼̖̼̙̤̟̍͝

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 01:31 AM GMT+8 , Processed in 0.029476 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top